Selasa, 9 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kereta rempuh pelajar, tadika

Posted: 08 Aug 2011 10:35 AM PDT

GOMBAK : "Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, kami akan mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan," kata guru besar Tadika Smart Stars , VR Ranee, 56, menceritakan kejadian sebuah kereta melanggar dinding tadika miliknya di Jalan 18, Taman Selayang, di sini, pagi semalam.

Sebelum itu, Perodua MyVi terbabit melanggar dua pelajar sekolah menengah yang melalui lorong di hadapan tadika berkenaan.


Katanya, selepas itu, kenderaan itu melanggar dinding tadikanya dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran. "Ketika itu, saya berada di dalam kawasan tadika dan beberapa pembantu saya membawa masuk murid yang dihantar ibu bapa kira-kira jam 7.20 pagi.

"Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat di depan tadika disusuli teriakan seorang wanita. Saya tergamam selepas melihat kereta itu melanggar dinding," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Beliau berkata, dia seperti hilang arah akibat takut dan ketika itu, dia hanya terfikir untuk mencari mangsa yang menjerit kesakitan di luar kawasan tadikanya.


Katanya, dia nampak seorang pelajar perempuan menangis kesakitan dan orang ramai menolong pelajar itu dan rakannya yang cedera ringan untuk dihantar ke Hospital Selayang.

"Saya bersyukur kerana tiada pelajar tadika atau orang lain parah dalam kemalangan itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun cedera ringan di kepala manakala pemandu berkenaan yang berusia 22 tahun cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jakim kesal e-mel tak betul

Posted: 08 Aug 2011 10:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.


Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

"Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan," katanya ketika dihubungi.


Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.


"Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini," katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.


Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia.

Sehubungan itu Hakimah menasihati masyarakat supaya tidak terlalu mudah percaya dengan maklumat yang tersebar melalui laman sosial.


"Sila buat rujukan dengan Jakim jika timbul sebarang keraguan kerana banyak produk yang sudah disucikan semula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved