Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Aug 2011 10:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor pengubahsuaian bangunan yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin ditemui mati dalam keretanya dengan kesan darah pada hidung selain mayatnya berbau di hadapan kilang pemasangan permotoran Tan Chong Motor di Jalan Segambut, di sini, semalam. Mangsa, Lum Kok Wah, 56, ditemui seorang pengawal kilang berkenaan kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri atas tempat duduk yang direbahkan.
"Siasatan mendapati keempat-empat pintu kereta Proton Iswara milik mangsa tidak berkunci dan barang berharga seperti telefon bimbit serta dompet masih ada pada mangsa.
Sementara itu, anak lelaki mangsa, Lum Wing Kit, 25, berkata, bapanya tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.
|
Posted: 10 Aug 2011 10:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama mayat wanita yang dikerat lebih 15 bahagian di sebuah pangsapuri di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, 3 Ogos lalu, berusia 20 bulan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit bukan berusia lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Lapan suspek warga Bangladesh masih ditahan bagi membantu proses siasatan kejadian itu.
Setakat ini, polis mengenal pasti motif kejadian itu berpunca daripada perasaan cemburu dan cinta.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik berasingan di atas siling tandas dan beberapa tempat di dalam rumah berkenaan. Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan