Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Aug 2011 09:27 AM PDT GUA MUSANG: Penemuan mayat seorang wanita berpakaian lengkap berusia 41 tahun, dipercayai dibunuh sebelum dicampak ke dalam longkang di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila seluar dalamnya ditemui tersangkut di ranting pokok berhampiran tempat mayatnya ditemui, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat Zainab Che Kob, 41, dari Kampung Tanah Puteh, di sini, ditemui suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30, selepas 13 jam mangsa menghilangkan diri.
Menurut Khiri Zam, dia mencari isterinya sejak Khamis lalu tetapi gagal sebelum mencarinya semula awal pagi kelmarin di sekitar kampung dan bandar Gua Musang.
"Saya baru mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak April lalu dan tiga daripada 12 anak arwah hasil perkahwinan dengan suami dulu juga tinggal bersama saya, manakala yang lain tinggal di tempat lain. Tak sangka kami terpisah buat selama-lamanya," katanya.
Katanya, sebelum keluar rumah, arwah meminta wang RM100 dan dia menghulurkan RM50, tetapi isterinya enggan menerimanya dan terus keluar rumah dengan berjalan kaki seorang diri.
|
Posted: 13 Aug 2011 09:24 AM PDT PASIR PUTEH: Keriangan tiga sahabat menunggang motosikal secara beriringan sementara menunggu waktu berbuka bertukar tragedi apabila seorang terbunuh selepas motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri di Kampung Bukit, Gaal, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian 7 jam malam di Kilometer 6, Jalan Gaal-Kampung Bukit, Mohamad Amirulhafiz Abdullah, 17, dari Kampung Derdap, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah tengkuk.
Apabila tiba di Kampung Bukit, mangsa dikatakan terkejut melihat sebuah motosikal datang dari arah bertentangan, menyebabkan dia cuba mengelak.
Katanya, dua lagi rakannya berusia 17 dan 20 tahun masing-masing patah kaki dan tangan dan dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.
"Malah, siasatan mendapati, mangsa tiada lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan