Selasa, 16 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Along kena bunuh

Posted: 15 Aug 2011 11:42 AM PDT

PETALING JAYA: Padah menimpa seorang ceti haram (along) yang mahu menuntut hutang apabila dia dipercayai dibunuh pemilik sebuah pusat karaoke berhampiran Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC), PJS5/30, di sini.

Difahamkan, mangsa pergi ke premis tiga tingkat milik suspek yang menjalankan perniagaan kopitiam dan pusat karaoke itu petang semalam untuk menuntut hutang daripada lelaki terbabit.


Malangnya mangsa dikenali Phua Wei Loon, 25, dipercayai dibunuh suspek dalam tandas pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang untuk mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.


"Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, rakan mangsa yang berusia 24 tahun itu naik ke tingkat atas premis dan menemui mangsa dengan keadaan berlumuran darah dalam tandas.


"Rakannya bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan penyiasat tiba ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam tadi.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting dekat sini, dipercayai maut akibat kesan tetakan dan kecederaan parah di badan serta kepalanya.


"Hasil siasatan awal kita dimaklumkan rakan mangsa terbabit, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berjumpa dengan pemiliknya bagi tujuan menuntut hutang.

"Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada kesan pergelutan namun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.


Arjunaidi berkata, pihaknya percaya mangsa dibunuh pemilik premis itu yang juga rakyat tempatan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.


Selain itu, premis berkenaan baru beroperasi dan belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Menurutnya, ketika kejadian premis terbabit dipercayai tidak beroperasi dan tiada pekerja namun tidak menolak kemungkinan suspek lebih daripada seorang.


"Premis ini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak menghala ke arah tempat mangsa dipercayai dibunuh. Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan waktu kejadian.


"Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.


Beliau berkata, sehingga kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 15 Aug 2011 09:48 AM PDT

HULU LANGAT: Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada pengguna jalan raya menerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang dan agihan bubur lambuk di Pekan Batu 14, di sini, kelmarin.

Kempen anjuran Sekretariat 1 Malaysia Parlimen Hulu Langat itu mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di pekan berkenaan.


Pengerusi sekretariat itu, Datuk Markiman Kobiran, berkata Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan, manakala agihan bubur lambuk dibuat sebagai aktiviti sepanjang Ramadan ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri berkata, kempen itu turut bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya dan penduduk kawasan ini mengibarkan Jalur Gemilang sebagai persediaan menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan turun padang ke kawasan Parlimen Hulu Langat, Ahad ini. Kempen kibar Jalur Gemilang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz memasang bendera Malaysia pada kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan ini, di samping mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu dan penumpangnya.


Turut serta, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kajang, Lee Ban Seng yang dibantu ahli Kelab Sri Nilam, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Hulu Langat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Batu 13 Hulu Langat dan anggota Balai Polis Batu 14 Hulu Langat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved