Rabu, 17 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


GCM buat enam laporan polis

Posted: 16 Aug 2011 09:41 AM PDT

SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.

Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.


Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.

Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.


"Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.


"Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci," katanya.

Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.


Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.

"Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.


"Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

99 bas raya belum diperiksa

Posted: 16 Aug 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menegaskan hanya bas ekspres yang melalui proses pemeriksaan di depoh dan mempunyai pelekat khas yang dikeluarkan dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menjelang musim perayaan ini.

Pengarahnya, Mohd Nadzri Osman, berkata sekiranya didapati ada di antara syarikat bas gagal mematuhi arahan terbaru itu, pihaknya tidak teragak-agak menggantung operasi bas terbabit serta-merta dan tidak dibenarkan meninggalkan terminal bas masing-masing.


Katanya, semua pengusaha bas dikehendaki memastikan bas ekspres dan bas tambahan yang akan digunakan menjelang Aidilfitri ini menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk sistem brek, tayar manakala pemandu bas yang bertugas dipastikan bebas daripada dadah. "Jumlah keseluruhan bas yang perlu menjalani pemeriksaan di depoh semuanya sebanyak 134, namun setakat ini hanya 35 yang hadir.

"Jika mereka masih gagal menghadirkan diri, pemeriksaan seterusnya akan dibuat di terminal, tetapi sekiranya pengusaha gagal mematuhi peraturan ditetapkan waktu itu, kami (JPJ) tidak teragak-agak menggantung operasi bas mereka," katanya ketika mengadakan pertemuan bersama tujuh pengusaha syarikat bas dan beberapa pemandu di pejabatnya, di sini, semalam.


Antara pengusaha yang hadir adalah Pancaran Matahari, Darul Naim Ekspres, Mara Liner, Elta Bina, Bulan Restu, Mahligai dan Handal Ekspres.


Selain itu, katanya, JPJ menempatkan 145 anggota penguat kuasa yang akan bertugas di setiap depoh dan empat terminal bas di ibu kota iaitu di Hentian Putra, Hentian Bas Jalan Duta, Puduraya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula Ahad lalu.

"Selain memeriksa kenderaan, kami bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan ujian air kencing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved