Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Aug 2011 09:41 AM PDT SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam. Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.
Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
"Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.
|
Posted: 16 Aug 2011 09:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menegaskan hanya bas ekspres yang melalui proses pemeriksaan di depoh dan mempunyai pelekat khas yang dikeluarkan dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing menjelang musim perayaan ini. Pengarahnya, Mohd Nadzri Osman, berkata sekiranya didapati ada di antara syarikat bas gagal mematuhi arahan terbaru itu, pihaknya tidak teragak-agak menggantung operasi bas terbabit serta-merta dan tidak dibenarkan meninggalkan terminal bas masing-masing.
"Jika mereka masih gagal menghadirkan diri, pemeriksaan seterusnya akan dibuat di terminal, tetapi sekiranya pengusaha gagal mematuhi peraturan ditetapkan waktu itu, kami (JPJ) tidak teragak-agak menggantung operasi bas mereka," katanya ketika mengadakan pertemuan bersama tujuh pengusaha syarikat bas dan beberapa pemandu di pejabatnya, di sini, semalam.
"Selain memeriksa kenderaan, kami bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan ujian air kencing," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan