Khamis, 18 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mercun digenggam meletup

Posted: 17 Aug 2011 10:58 AM PDT

KUALA TERENGGANU: "Shafik minta izin untuk keluar bersembahyang Tarawih di surau Al Taqwa berdekatan, tetapi tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon daripada seorang rakannya mengatakan jari anak saya itu cedera akibat terkena mercun," kata Norayati Ismail, 34, ibu Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13, mangsa kedua kemalangan mercun di negeri ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.10 malam itu, Mohd Shafik cedera jari telunjuk dan melecur teruk di tapak tangan kanan selepas mercun bola dipasang meletup ketika dalam genggamannya.


Norayati berkata, dia tidak tahu dari mana Shafik yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir, di sini, mendapat mercun berkenaan, tetapi difahamkan anaknya itu bermain mercun bersama sekumpulan rakan sebaya di perkarangan surau berkenaan ketika jemaah mengerjakan Tarawih.

"Selepas membenarkan dia keluar, saya menyiapkan tempahan jahitan baju pelanggan, tetapi tidak lama kemudian saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan Shafik mengatakan anak saya cedera akibat terkena mercun," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kempunan masjid baru

Posted: 17 Aug 2011 09:56 AM PDT

SUNGAI BULOH: Bersolat di bawah pokok dan ada ketika hanya berbumbungkan langit. Itu situasi dilalui jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamiul Ehsan di Kampung Kubu Gajah, di sini, sejak 10 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan ahli jawatankuasa (AJK) masjid berusaha mendapatkan dana bagi menyiapkan masjid baru di belakang masjid sedia ada.


Tinjauan mendapati, keadaan masjid sempit yang hanya memuatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa memaksa pembinaan masjid baru disiapkan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kubu Gajah, Abdul Kadir Mohd Geroh, berkata selepas mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pihaknya segera menyiapkan pembinaan masjid berkenaan.


"Projek yang dimulakan pembinaannya awal tahun ini sepatutnya dijangka siap September depan, namun disebabkan kurang peruntukkan menyebabkan ia dilakukan secara perlahan-lahan.


"Selain mendapat kelulusan pelan, kami meminta dana daripada Jais bagi mempercepatkan proses pembinaannya, namun tiada jawapan diberikan mereka sehingga kini," katanya.

Masjid yang menelan belanja hampir RM2.6 juta itu kini kerap terbengkalai dan hasrat bagi memberi peluang orang ramai menggunakannya pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.


Berikutan itu, Abdul Kadir dan AJK masjid berusaha mendapatkan bantuan mana-mana pihak selain bantuan barangan mentah yang diberikan oleh orang ramai seperti batu-bata dan simen.

"Kami berharap sasaran menyiapkan masjid ini mengikut tarikh ditetapkan terlaksana demi memberi keselesaan penduduk sekitar yang semakin bertambah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved