Sabtu, 20 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Lembik dalam hutan

Posted: 19 Aug 2011 09:51 AM PDT

GOMBAK: Seorang lelaki ditahan hampir lima jam di kawasan hutan menghala Genting Highlands sebelum dibelasah hingga 'lembik' oleh lapan lelaki gara-gara dituduh mencuri barang kemas bernilai RM100,000, kelmarin.

Malah, mangsa, Nanthakumaran, 31, turut tidak diberi makan dan minum ketika ditahan selain diseksa, malah mereka juga mengugut akan membunuh anak dan merogol isterinya jika tidak mengaku mencuri barangan milik sepupunya.


Rayuan mangsa yang berulang kali minta dibebas dan menafikan mencuri barangan kemas seperti didakwa lelaki itu tidak dilayan, malah mereka berulang kali memukulnya menggunakan batu-bata dan topi keledar.

Akibat kejadian itu, mangsa menerima beberapa jahitan di kepala, cedera di mata dan seluruh badan dan kini terlantar di Hospital Selayang.


Nanthakumaran berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anak menziarahi kakaknya di Bandar Baru Selayang, kira-kira jam 3.30 petang.


Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian datang lapan lelaki yang mendakwa rakan sepupunya membuat bising dan merosakkan pintu pagar rumah.

"Tidak cukup dengan itu mereka menceroboh masuk dalam rumah dan memukul isteri saya dengan topi keledar berulang kali.


"Selepas itu mereka datang ke arah saya dan memukul dengan batu-bata dan topi keledar di kepala hingga berdarah," katanya ketika ditemui selepas menjalani pembedahan, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu memberitahu diupah sepupunya kerana tidak berpuas hati barang kemasnya dicuri.


"Saya yang tidak tahu-menahu kejadian terbabit menafikan mengambil barang kemas itu menyebabkan mereka bertambah marah dan menarik saya keluar dan membawa ke Genting Highlands sebelum berhenti di dalam hutan.


"Ketika itu mereka memukul saya berulang kali dengan batu-bata dan topi keledar hingga baju saya berlumuran darah," katanya.


Katanya, dia juga memberitahu jika benar dia mencuri mereka sepatutnya membuat laporan polis, namun kesal apabila tidak dilayan, malah mereka membelasahnya hingga pengsan.


"Saya tersedar apabila isteri dan polis membantu menghantar saya ke Hospital Selayang selepas mereka meninggalkan saya di Balai Polis Bukit Idaman," katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Janes Linda Muthusamy, berkata ketika mendapat berita suaminya sudah dijumpai, dia bergegas ke balai polis berkenaan dan terkejut apabila melihat keadaan wajah suami yang teruk dan bengkak akibat dihentak dengan topi keledar dan batu-bata.


"Saya tidak mampu berkata-kata apa-apa dan sedih melihat keadaan suami kerana mereka sanggup bertindak kejam membelasahnya tanpa usul periksa.


"Sepatutnya mereka menyerahkan kes ini kepada polis jika benar suami saya mencuri dan bukan bertindak sendiri," katanya.


Dia membuat laporan di Balai Polis Selayang selepas suaminya dibawa lari kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan beliau berkata suspek adalah saudara mangsa.


Menurutnya, saudara mangsa juga sudah ditahan polis bagi membantu siasatan manakala lelaki yang diupah memukul masih diburu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

11 lelaki asing ditahan

Posted: 19 Aug 2011 09:46 AM PDT

SHAH ALAM: Polis Selangor menemui petunjuk baru berhubung kes penemuan mayat seorang wanita dan kanak-kanak yang dikerat dan dibuang dalam mangkuk tandas di Taman Kosas, Ampang, awal bulan lalu dengan penangkapan 11 lelaki warga asing, baru-baru ini.

Semua suspek itu ialah 10 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Indonesia yang mengaku suami mangsa. Semua suspek direman sehingga Isnin depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Polis turut menemui dua pisau, dua pasu bunga dan dua batang mop yang dipercayai bahan bukti bagi membantu menyelesaikan kes pembunuhan kejam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah (gambar), berkata pihaknya kini menunggu pengesahan daripada hospital bagi melengkapkan laporan siasatan kes.


"Namun, sehingga kini polis belum dapat mengesahkan motif kejadian dan persoalan lain seperti sama ada kanak-kanak lelaki itu anak mangsa, lelaki Indonesia itu suaminya dan lain-lain.


"Selepas laporan hospital dan pihak Jabatan Kimia diserahkan baru segala persoalan itu dapat dijawab dan kami akan beritahu media.

"Saya ingin membetulkan fakta lelaki yang mengaku suami mangsa bukan warga tempatan atau orang Sabah, tetapi warga Indonesia,'' katanya.


Menurut Mohd Adnan, semua lelaki Bangladesh yang ditahan menetap di pangsapuri tempat mayat mangsa ditemui sementara butir mengenai lelaki Indonesia itu belum boleh didedahkan.

Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas.


Selepas siasatan awal, polis mengesahkan semua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki.


Dalam kes berasingan, polis menahan tiga suspek termasuk seorang warga Bangladesh yang disyaki terbabit kes seorang pemberi hutang atau along yang ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bilik air sebuah premis kopitiam di kawasan Petaling Jaya Commercial City (PJCC) di Petaling Jaya pada Isnin lalu akibat ditetak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved