Selasa, 23 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jerat syarikat hantu

Posted: 22 Aug 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kerugian sekurang-kurangnya RM500,000 selepas membuat pembelian tekstil secara dalam talian daripada sebuah syarikat tekstil yang beroperasi di Zhejiang, China.

Mangsa, R A Janarthanan, 30, mengusahakan syarikat keluarganya, Janar Textile Sdn Bhd dan mula melakukan urus niaga membeli kain secara dalam talian daripada sebuah laman web syarikat tekstil terkenal Sunrise 'SHENG ZHOU' Textile Co Ltd di China sejak awal tahun ini.

Menurutnya, urus niaga pertama dilakukan pada Mac lalu dan dia membeli kain bernilai kira-kira RM170,000 daripada syarikat itu.

Selepas berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli itu, mangsa membuat tempahan kedua pada 13 Jun lalu menerusi e-mel dan pada keesokan harinya, dia menerima satu invois menggunakan kepala surat rasmi syarikat tekstil terkenal itu yang menyatakan dia perlu membayar RM503,150 iaitu nilai tempahan.


"Selepas bersetuju, saya mendapat invois kedua dan melakukan transaksi pertama berjumlah RM277,603.76 ke dalam satu akaun bank atas nama syarikat berbeza, namun transaksi berkenaan gagal kerana nombor akaun tidak lengkap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Remaja lari dari rumah kerana ganja

Posted: 22 Aug 2011 09:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati 'lalok' selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.


"Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja," katanya.

Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.


"Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama," katanya.


Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.

"Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur," katanya.


Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved