Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Aug 2011 09:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan kerugian sekurang-kurangnya RM500,000 selepas membuat pembelian tekstil secara dalam talian daripada sebuah syarikat tekstil yang beroperasi di Zhejiang, China. Mangsa, R A Janarthanan, 30, mengusahakan syarikat keluarganya, Janar Textile Sdn Bhd dan mula melakukan urus niaga membeli kain secara dalam talian daripada sebuah laman web syarikat tekstil terkenal Sunrise 'SHENG ZHOU' Textile Co Ltd di China sejak awal tahun ini. Menurutnya, urus niaga pertama dilakukan pada Mac lalu dan dia membeli kain bernilai kira-kira RM170,000 daripada syarikat itu. Selepas berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli itu, mangsa membuat tempahan kedua pada 13 Jun lalu menerusi e-mel dan pada keesokan harinya, dia menerima satu invois menggunakan kepala surat rasmi syarikat tekstil terkenal itu yang menyatakan dia perlu membayar RM503,150 iaitu nilai tempahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Remaja lari dari rumah kerana ganja Posted: 22 Aug 2011 09:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati 'lalok' selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.
Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.
"Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan