Harian Metro: Hati |
Posted: 30 Sep 2011 08:53 AM PDT FESYEN bukan saja berubah mengikut acara, lebih penting perubahan musim turut mempengaruhi gaya. Panas, bunga, luruh dan sejuk empat musim yang menjadikan rekaan berubah seiring keperluan semasa. Setiap satunya melahirkan padanan berbeza sama ada daripada segi rekaan, fabrik, warna dan juga kehendak wanita. Hadir dengan gaya yang cukup menyerlah, selain memenuhi tema musim luruh dan sejuk, jenama nombor satu di Jepun, Uniqlo tampil dengan padanan kasual yang lebih anggun, sofistikated dan selesa untuk semua golongan. Bertemakan konsep gaya anak muda Amerika dan Britain, himpunan pakaian ditampilkan menerusi warna hebat seperti biru kelasi, putih, kelabu dan hijau, kemudian diwarnai gandingan merah dan biru bagi memastikan penampilan wanita sentiasa segar dalam apa juga padanan. Lelaki pula menyerlah dalam sisi tersendiri dengan rona hebat jingga, merah bata dan biru kelasi.
Rangkaian Uniqlo meliputi pilihan baju panas heattech yang diperbuat daripada material yang boleh menyerap lembapan badan seterusnya memberikan rasa suam ketika cuaca sejuk. Uniqlo menawarkan kepelbagaian variasi fesyen heattech sama ada untuk musim luruh sehingga sejuk dengan tambahan wangian deodoran yang jarang diperoleh daripada jenama lain. Bagi penggemar baju panas, kini anda tidak perlu risau sekiranya jaket anda berat atau tebal kerana Uniqlo hadir dengan jaket yang bukan saja trendy malah diperbuat daripada fabrik nilon yang lebih nipis dengan hanya 196 gram. Selain itu, rekaannya memberi rasa nyaman kepada si pemakai setiap masa. Bagi peminat baju sejuk, kini anda tampil lebih sporty dan ranggi menerusi baju berhud Sweat Parka. Ia boleh dipakai bersendirian atau bersama padanan lain untuk tampil funky dan hebat. Ia diperbuat daripada fabrik bebulu Merino Australia dengan kenipisan hanya 19.5 mikron diameter bagi memberi rasa lembut dan selesa. Padanan Merino dan Sweat Parka sesuai untuk sebarang acara bagi menyerlahkan lagi gaya klasik Amerika. Selain itu, terdapat pilihan skirt, legging, seluar panjang, kemeja-T, kemeja dan kardigan untuk gaya rasmi ke pejabat atau dipadankan untuk aktiviti siang menjadi lebih elegan dan kasual. Kepelbagaian warna sama ada terang atau pastel memberi pilihan kepada wanita untuk menyesuai padan bergantung pada acara yang dihadiri. Himpunan gaya musim luruh dan sejuk 2011 Uniqlo kini boleh didapati di semua rangkaian Uniqlo seluruh negara bermula 9 September lalu. |
Posted: 30 Sep 2011 08:52 AM PDT MINYAK Argan, cecair emas Maghribi adalah rahsia kejelitaan wanita bangsawan Rom ratusan tahun dulu. Ia juga merawat pelbagai masalah kulit, rambut dan kuku Minyak Argan diperah dari biji buah Argan (Argania spinosa) dan hanya tumbuh di selatan Maghribi, justeru dikatakan salah satu minyak paling unik di dunia. Kini, keunggulan minyak argan menjadikannya salah satu bahan utama produk kecantikan eksklusif antarabangsa.
Satu-satunya produk 100 peratus minyak argan organik di Malaysia, Secretleaf Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat kerana sesuai diguna semua golongan termasuk kulit sensitif. Pure Oil Series 01 berkesan melembutkan kulit kering, mengurangkan kedutan, garis halus dan lingkaran di bawah mata, memudarkan bekas parut serta merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.
"Saya tidak ketinggalan menggunakan Pure Oil Series 01 setiap malam," katanya. Kajian saintifik terhadap kandungan minyak argan menunjukkan ia mengandungi tiga kali ganda antioksida Vitamin E berbanding minyak zaitun, serta omega 6 dan 9 yang tinggi dan squalene yang bertindak mengeluarkan toksik dari sel-sel kulit. Penggunaan dua kali sehari membantu mencerahkan jeragat dan bintik hitam, mengembalikan tona kulit sekata serta menganjalkan wajah seumpama remaja. Pure Oil Series 01 adalah pelembap, pelindung UV, asas solekan dan serum anti-penuaan semua-dalam-satu yang diiktiraf organik dari EcoCert Perancis. Secretleaf dalam misi menghasilkan produk penjagaan kulit berasaskan sumber botani, kini muncul dengan produk terbaru iaitu Krim Siang & Malam berasaskan minyak argan organik yang sudah berada dalam pasaran. Krim tanpa bahan pengawet berbahaya itu akan dipasarkan dalam pakej RM49. Argan Day Cream turut diperkaya dengan khasiat kolagen marin, antioksida teh hijau serta 'evening primrose oil' manakala Argan Night Cream merangsang pemulihan sel-sel rosak di samping menjana sel-sel baru lebih sihat. Layari www.facebook.com/mysecretleaf untuk membuat pesanan atau talian tol bebas 1-800-88-3818 atau SMS kepada 016-6626604 untuk maklumat lanjut. Pure Oil Series 01 dijual di rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi HealthLane dan Farmasi Multicare. Jika berminat menjadi pengedar produk Secretleaf, hubungi 016-2273815. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |