Harian Metro: BeritaUtama |
‘Tolong tarik aku keluar Zul’ Posted: 11 Sep 2011 09:49 AM PDT PADANG BESAR: "Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul." Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping. Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut. Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 11 Sep 2011 09:49 AM PDT KUANTAN: Akibat terlampau sedih dengan kematian bapanya, seorang wanita mengalami kemurungan sehingga enggan bercakap dengan sesiapa termasuk anggota keluarga dan hanya bersembunyi bawah katil sejak 12 tahun lalu. Ibu wanita berkenaan, Sarimah Majid, 45, berkata, masalah kemurungan itu menimpa anak keduanya, Suzana Salam, 29, sejak kematian suaminya, arwah Salam Abdullah, pada 1999 berikutan arwah amat rapat dan manja dengan Suzana.
Katanya, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara keluarga serta empat anak masih bersekolah. Sarimah berkata, dia sekeluarga bergilir-gilir membantu menguruskan keperluan Suzana kerana bimbang ditimpa penyakit lebih serius.
"Oleh itu, saya merayu bantuan pihak yang pakar dengan rawatan mental atau perubatan Islam bagi mengubati Suzana kerana besar harapan saya sekeluarga untuk melihatnya pulih," katanya.
"Penyakit ini perlu penjelasan perubatan lebih saintifik kerana saya mahu memohon mendapatkan elaun kebajikan khusus untuknya jika dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) atau pesakit kronik.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan