Harian Metro: BeritaUtama |
Ustaz ghairah ‘kebun emas’ Posted: 13 Sep 2011 01:09 PM PDT JOHOR BAHRU: Seorang isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along berikutan tindakan suaminya meminjam wang sehingga RM20,000 untuk membeli 'kebun pokok emas' berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Malah, suami wanita itu yang juga guru agama berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lela, 42, berkata akibat tindakan suaminya yang dipanggil Ustaz Man, 45, dia terpaksa menggadai barangan berharga selain menjalani kehidupan umpama pelarian selepas diburu along sejak hampir sebulan lalu. "Sebelum ini, sepanjang 15 tahun berumah tangga dia amat bertanggungjawab, malah menjadi rujukan beberapa individu untuk mendalami ilmu agama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 13 Sep 2011 01:08 PM PDT BUTTERWORTH: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Utara (SPU) di sini, kesal dengan tindakan pengawas sekolah mereka yang mengambil alih kuasa guru disiplin dengan merotan mereka atas kesalahan merokok. Berikutan tindakan itu, ada antara pelajar terbabit mendakwa terpaksa tidur meniarap kerana mengalami kesakitan di bahagian kaki dan belakang badan.
Berikutan itu, katanya, mereka dipanggil ke sebuah bilik oleh empat pengawas ketika berada di asrama sekolah kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
"Kejadian berlaku lebih sejam sebelum kami diarah masuk ke bilik asrama masing-masing dan kejadian itu tidak diketahui guru disiplin sehinggalah pagi kelmarin," katanya. Pelajar berkenaan mendakwa dia disebat sekurang-kurangnya enam kali di kaki hingga terpaksa tidur meniarap kerana kesakitan.
Seorang lagi pelajar berkata, ketika dipanggil masuk ke bilik berkenaan dia melihat beberapa pelajar sedang ditumbuk seorang daripada pengawas terbabit. "Saya dirotan kira-kira 10 kali di bahagian kaki dan badan hingga meninggalkan kesan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan