Selasa, 6 September 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gubahan bunga biar seimbang

Posted: 06 Sep 2011 08:42 AM PDT

PASTINYA gubahan bunga yang menarik dan ceria untuk dijadikan hiasan menjadi pilihan suri rumah bagi menghias rumah setiap kali sambutan perayaan.

Antara tempat yang menjadi keutamaan adalah meja makan, meja tamu, bunga dinding serta bunga sudut agar ceria menerima kunjungan tetamu.

Menurut penggubah bunga, Che Rosni Abu Bakar, sebolehnya gubahan yang dipilih untuk dijadikan hiasan pada meja makan mempunyai ketinggian di bawah paras penglihatan bagi membolehkan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih baik.

"Jika terlalu tinggi maka proses komunikasi yang berlangsung akan menjadi hambar kerana sukar untuk melihat mimik muka mereka yang sedang bercakap ataupun mendengarnya.


"Kita juga terasa seperti bercakap sendirian kerana hanya mampu memandang gubahan bunga, bukan mereka yang bercakap," katanya.


Malah, bekas ataupun pasu bunga yang digunakan juga perlu berbentuk bulat berbanding bekas bersegi bagi menampakkan kembang bunga agar tidak kelihatan terlalu rendah.

Sementara itu, bunga pula seelok-eloknya dua kaki panjang selain warna bunga digunakan perlu seimbang agar tidak nampak comot dan keterlaluan.

Che Rosni berkata, jika terlalu panjang, lebar gubahan bunga itu akan menjadi terlalu besar dan ia akan menyebabkan banyak ruang meja digunakan hingga menyukarkan untuk meletakkan barangan lain.

Selain itu, bukan hanya penggubah profesional boleh menyediakan gubahan terbabit malah mereka yang baru belajar menggubah juga berpeluang mempelajarinya jika asas yang digunakan betul.

Ikuti langkah mudah penyediaan gubahan bunga meja makan salam lebaran dikendalikan Che Rosni yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Terima kasih:

  • Che Rosni Abu Bakar
  • Krismaya Art & Crafts (No 2, Jalan Wangsa Maju, Wangsa Biz Avenue off Jalan 34/26, Kuala Lumpur - 03-41436253@www.krismaya.com)
  • Enaknya karipap gajah

    Posted: 06 Sep 2011 07:30 AM PDT

    PADA bulan puasa lalu, penulis terserempak karipap yang luar biasa besarnya. Karipap ini pasti membuat–kan sesiapa yang memakannya terasa kenyang. Sebiji saja pasti pemakannya terasa puas.

    Sebenarnya melihat karipap besar begitu bukanlah asing kerana biasa melihatnya di pasar malam dan dijual di tepi jalan pada hari biasa. Sudah beberapa kali juga menikmatinya yang berinti telur. Ada juga beberapa peniaga yang membuatnya sedikit tawar agar boleh dicicah sos khas yang masam manis rasanya.

    Tetapi yang berbeza mengenai karipap kali ini ialah bentuknya yang jelas garing dan mengembang. Karipap sememangnya kuih tradisi kita yang sesuai dimakan pada bila-bila masa, sama ada sebagai kudapan ataupun hidangan berat kerana ia turut mengenyangkan.

    Karipap juga antara kuih yang mudah dibuat dan bahannya juga sangat asas, cuma kepelbagaian rasa biasanya terletak pada intinya.


    Sering bereksperimen dengan karipap, dapatlah disimpulkan karipap yang sedap bukan hanya bergantung pada intinya tetapi juga adunan tepung dohnya. Walaupun sekadar tepung dan marjerin, jumlah majerin mesti tepat dan berpatutan.

    Sekiranya kurang ia akan terasa tawar, berlebihan pula membuatkan kita muak.

    Karipap yang sedap juga biasanya ringan dan tidak berat setelah digoreng. Karipap gajah Rosliza Mahmad, 36, menepati ciri-ciri ini. Selain ringan, ia juga tampak menyelerakan.

    Lantas penulis bertanya Rosliza sama ada ada meletak sesuatu seperti serbuk penaik yang menjadikannya mengembang sebegitu.

    "Tidak, resipinya sama dengan karipap biasa. Apabila saiznya besar dia jadi mengembang begitu berbanding karipap yang kecil," katanya.

    Namun Rosliza mengakui, karipapnya memang rapuh dan perlu digoreng penuh hati-hati.

    "Ia agak sensitif. Sebab itu perlu berhati-hati ketika meng–gorengnya supaya tidak pecah. Kami menggunakan besen khas bagi menggorengnya supaya cepat masak," jelas suami Rosliza pula.

    Di gerai Rosliza, selain menjual karipap gajah, ada juga karipap bersaiz biasa, pau goreng, donat dan rebusan stimbot.

    Melihat ukurannya yang besar, menurut Rosliza, memang pelanggan menggelar karipapnya dengan pelbagai nama seperti karipap besar dan karipap gajah.

    "Bagi saya ia karipap biasa saja kerana saya sudah berniaga kuih ini sejak 10 tahun lalu," kata anak kelahiran Kelantan ini.

    Namun katanya, nama karipap gajah memang cepat melekat kerana saiznya itu.
    Rosliza mendapat idea membuat saiz sebegini supaya senang menjualnya dengan harga seringgit satu. Intinya pula ada dua pilihan, sama ada ayam atau sardin.

    Kali ini, tahun pertama pasangan suami isteri itu menjualnya di pasar Ramadan Sungai Besar. Pada hari biasa, dia dan suaminya, Shamsul Kamal, 37, berniaga kuih sama di pasar malam biasa seperti di pasar malam Sungai Besar, Sekinchan dan Parit 16.

    Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved