Rabu, 21 September 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Impak renungan tajam

Posted: 21 Sep 2011 05:56 AM PDT

MATA yang indah berasal daripada alis yang rapi manakala renungan tajam datangnya daripada sepasang mata menggoda.

Seperti kata pepatah, dari mata turun ke hati, justeru banyak cara dilakukan kaum Hawa agar aset yang satu itu sentiasa cantik dan mempesona. Antaranya dengan memberikan tumpuan kepada teknik solekan mata terutama dalam majlis perkahwinan.

Lantaran itu, ramai wanita kini semakin galak memilih tema Arab dalam perkahwinan mereka. Ini kerana selain pakaian yang melatari tema padang pasir, solekan adalah unsur terpenting yang menyerlahkan lagi kejelitaan wanita.

Ramai sedia maklum, solekan wanita Arab terutama pada bahagian mata dilatari warna gelap seperti hitam, hijau pekat, biru gelap, tembaga, coklat, keemasan dan diakhiri dengan calitan serdak emas atau perak pada bahagian kelopak mata.


Solekan yang tampil menyerlah ini bersesuaian bagi mempelai yang hadir dengan gaya berniqab iaitu hanya menampakkan sepasang mata saja. Walaupun tanpa mainan warna ceria, solekan wanita padang pasir mampu menyerlahkan keanggunan wajah.


Menurut jurusolek profesional Kelrina House of Fashion, Kelrina Md, ciri utama gaya solekan wanita Timur Tengah adalah pada calitan celak bersayap pada penjuru mata seperti mana solekan mata kucing dan teknik solekan smokey pada kelopak mata bagi memberikan impak renungan tajam umpama wanita Arab.

"Kebanyakan wanita Arab memiliki mata dalam justeru bagi menyerlahkan penampilan mereka, solekan menggunakan rona gelap mampu membangkitkan keserian mempelai apatah lagi apabila dikenakan dengan busana bersesuaian," katanya.

Selain itu solekan mata akan lebih menyerlah sekiranya mempelai mempunyai alis yang rapi dan cantik. Ini bererti mereka mempunyai lengkungan alis yang menawan, hitam serta berbulu lebat. Namun tidak ramai wanita memilikinya, kebanyakannya gemar mencabut sehingga nipis dan membentuknya sendiri.

Menurut Kelrina, meskipun mempelai mempunyai alis yang nipis ini bukan bererti mereka harus membiarkannya tumbuh berselerak.

"Apa yang perlu dilakukan adalah merapikan bahagian yang berselerak. Kemudian gunakan warna celak bersesuaian dengan rona kulit. Misalnya jika kulit
cerah, gunakan celak coklat muda, jika kulit sawo matang gunakan warna agak gelap atau coklat manakala jika berkulit hitam, gunakan warna celak keabuan," jelasnya.

Pelengkap solekan bertemakan padang pasir ini tentunya pada paduan warna gincu bagi mengimbangi warna gelap pada kelopak mata. Gincu tidak boleh terlalu terang atau gelap, sebaiknya pilih warna merah pucat supaya bahagian mata lebih menonjol.

Selain itu, jangan dilupa pada penyamar noda yang mampu melindungi kesan celaan pada wajah seperti bekas jerawat dan bintik hitam. Pastikan rona
dipilih lebih cerah daripada bedak asas. Sapuan bedak asas pula tidak perlu terlalu tebal. Bagi mendapatkan sapuan yang rata, guna berus besar bukannya span wajah.

Akhir sekali, jangan lupa pada maskara yang memberi kesan lebih menonjol pada mata kemudian sapukan kilatan pada kelopak mata bagi menjelmakan gaya mempelai wanita Timur Tengah.

Cara membentuk alis

1. Anda boleh menebalkan alis menggunakan bantuan celak. Tetapi pastikan anda melakukannya selepas memakai bedak asas bagi memberikan kemasan pada solekan.

2. Tebalkan lengkungan alis menggunakan celak yang tajam dengan meniru struktur alis anda. Samarkan bahagian yang tidak ditumbuhi rambut dengan bedak yang warnanya lebih terang daripada warna alis anda.

3. Elak menggunakan celak yang tumpul atau terlalu lembik kerana akan menghasilkan garisan yang tidak rata atau ketebalannya tidak sekata.

4. Jika ada bahagian yang tebalnya tidak sekata, sebaiknya gunakan putik kapas yang sudah dioleskan bedak asas kemudian rapikan menggunakan bedak.

5. Sekiranya alis anda tidak tebal, dengan bantuan celak, bentukkannya kemudian tambahkan maskara bagi memberikan kesan lebih dramatik.

Melawan penuaan kulit

Posted: 21 Sep 2011 05:28 AM PDT

UMUR hanyalah angka yang tidak seharusnya disembunyikan wanita. Jika anda mempunyai keyakinan dan perasaan seperti remaja, tiada sebab perlu gusar mengenai usia.

Seiring dengan peningkatan usia, proses penuaan pasti tidak dapat dijauhi.
Kemunculan garis halus atau kedutan pada bahagian tertentu wajah tanda utama penuaan.


Namun, ia tidak seharusnya menjadi satu bebanan kepada wanita kerana di pasaran terdapat banyak produk yang membantu mengatasi masalah berkenaan.

Antara penyelesaian inovatif adalah rangkaian Ageless Anti Wrinkle and Firming, siri penjagaan terbaru daripada Neutrogena.

Rangkaian berkenaan dihasilkan daripada gabungan bahan seperti ekstrak dill, beri hitam dan southernwood yang membantu melawan penuaan kulit secara intrinsik dan ekstrinsik.

Pengurus Kajian dan Pembangunan Rangkaian Penjagaan Kulit Johnson & Johnson Asia Pasifik, Keshan Gunasinghe, berkata sebelum membangunkan sesuatu produk, pihaknya perlu memahami keseluruhan aspek penuaan pada kulit wanita.

Kulit manusia terdiri daripada gabungan kolagen dan elastin. Kemampuan kolagen dan elastin untuk menyimpan kelembapan semula jadi menjadikan kulit kekal gebu dan anjal.

Kata Gunasinghe, peningkatan usia turut menjejaskan kolagen dan elastin berkenaan kerana proses pembaharuan perlahan sekali gus menyebab–kan penuaan intrinsik.

Garisan halus sekitar mata, kulit yang tidak bermaya serta kurang anjal antara contoh penuaan yang biasa dialami wanita di seluruh dunia.

"Masih ramai yang meng–anggap masalah penuaan sama pada setiap lapisan kulit namun hakikatnya, ia jauh berbeza dan perlu produk yang sesuai untuk mengatasinya.

"Setiap lapisan kulit mengalami proses penuaan yang berbeza dan ia jelas menunjukkan setiap lapisan ini memerlukan penjagaan khas bagi melawan kesan penuaan berkenaan.

"Untuk itu, kami perkenalkan rangkaian Ageless Anti Wrinkle and Firming yang membantu untuk memperbaiki struktur kulit sekali gus mengurangkan kedutan dengan ketara," katanya pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan itu di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Joyce Lee, Pengarah Pemasaran, Soo Woon Yee dan Pengurus Jenama, Fiona Ng.

Menurut Gunasinghe, elastin lapisan bawah kulit akan dipulihkan dengan esen beri hitam dan dill kerana bahan itu membantu membaiki struktur dan kedutan pada kulit.

Bagaimanapun, kajian jenama itu mendapati pembentukan elastin saja tidak mencukupi kerana kelembapan juga penting untuk mengekalkan keanjalan kulit yang lebih sempurna.

"Bagi tujuan berkenaan, kami menggunakan ekstrak southernwood kerana ia membantu mengembalikan lapisan kedua kulit dan mengekalkan kelembapannya untuk menghilangkan kedutan serta memastikan wajah lebih gebu berseri.

"Tidak ketinggalan vitamin B3 yang bukan saja membantu memperbaharui lapisan atas kulit malah turut mengurang–kan garis halus untuk menjadikan kulit lebih cantik berseri," katanya.

Sementara itu, Joyce berkata, kajian pihaknya turut mendapati kebanyakan wanita hari ini cukup berkeyakinan menerima hakikat penuaan yang mereka alami.

Peningkatan umur sesuatu yang patut diraikan kerana ia menandakan pengetahuan dan pengalaman yang makin luas.

"Kami di Neutrogena percaya kesan penuaan harus ditangani dengan betul kerana hanya dengan penggunaan rangkaian yang bersesuaian mampu mengembalikan keanjalan dan menyerlahkan seri wajah wanita.

"Ujian klinikal membuktikan dalam tempoh empat minggu (dengan penggunaan berterusan) seseorang itu mampu mendapatkan kulit wajah yang lebih berseri dan muda manakala 75 peratus pula berpendapat kulit mereka lebih anjal berbanding biasa," katanya.

Selain krim, rangkaian itu turut menawarkan pembersih muka untuk menghilang kotoran, losen air tonik bagi memberi kelembapan dan menyegarkan kulit, esen yang mengurangkan tanda penuaan serta mengukuhkan sel kulit, losyen SPF 20 PA ++ bagi mencegah penuaan luar serta krim mata untuk mengembalikan keanjalan pada kulit dan sekitar mata.

Ia berada di pasaran pada harga bermula daripada RM34.90 hingga RM69.90 dan boleh didapati di rangkaian farmasi serta pasar raya terkemuka seluruh negara.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved