Harian Metro: Setempat |
Pejabat kerajaan kembali sibuk Posted: 02 Sep 2011 11:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari cuti Aidilfitri dan Hari Merdeka, jabatan kerajaan dan syarikat swasta mula beroperasi mulai semalam. Masih dalam suasana menyambut Aidilfitri, kakitangan di kaunter perkhidmatan tetap meneruskan tugas seperti biasa walaupun hanya perlu bekerja sehari dan kemudian bercuti semula pada hujung minggu.
Biarpun hanya beberapa kaunter dibuka, semua urusan berjalan lancar.
"Tambahan pula, kaunter akan ditutup pada 3 dan 4 September ini dan dibuka semula pada Isnin (5 September). Biarpun tidak ramai kakitangan yang bertugas, semuanya berjalan dengan lancar dan kami tidak perlu menunggu terlalu lama," katanya.
|
Posted: 02 Sep 2011 11:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Penderitaan seorang pembantu rumah warga asing yang mendakwa dikurung sejak seminggu lalu dan hanya diberikan makan mi segera berakhir selepas diselamatkan sepasukan polis di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Pandan Indah, di sini, semalam. Difahamkan, mangsa warga Kemboja berusia 18 tahun itu mula bekerja di rumah terbabit sejak tiga bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar, malah dia tidak dibekalkan kunci rumah atau nombor telefon majikannya untuk tujuan kecemasan.
Katanya, selepas tiba di rumah itu, pihaknya mendapati rumah berkenaan dikunci dan hanya dapat berinteraksi dengan mangsa melalui tingkap belakang. "Anggota polis meminta nombor telefon majikan daripada mangsa, tetapi dia tidak mempunyainya dan kami terpaksa memecahkan pintu depan untuk menyelamatkan mangsa," katanya.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun dia dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut juga sedang dijalankan mengenai rumah yang dijadikan tempat untuk menyembunyikan mangsa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan