Isnin, 5 September 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


16 kucing mati

Posted: 04 Sep 2011 10:10 AM PDT

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan 'diserbu' pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

"Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


"Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Syukur anak mati jihad

Posted: 04 Sep 2011 09:43 AM PDT

SERDANG: "Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri," kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam.

Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.


Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.

"Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.


"Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga," katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.


"Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya.

"Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya," katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved