Harian Metro: Setempat |
Posted: 04 Sep 2011 10:10 AM PDT PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan 'diserbu' pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam. Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri. Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk. "Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 04 Sep 2011 09:43 AM PDT SERDANG: "Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika pengebumian tadi (semalam), wajahnya berseri-seri," kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam. Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.
"Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.
"Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya," katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan