Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Sep 2011 12:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu sindiket diketuai seorang wanita licik dikesan menjadikan kaum hawa yang juga ahli perniagaan di seluruh negara sebagai sasaran dengan menawarkan projek bernilai jutaan ringgit membabitkan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bermodalkan muzium PDRM itu sendiri sebagai pejabat operasi dan penyerahan tawaran tender, sindiket terbabit dipercayai didalangi 'orang dalam' memperdaya usahawan wanita yang tertarik pelbagai projek kerajaan dengan kes terbaru membabitkan penipuan RM10 juta.
Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut mengaitkan bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abdul Ghani kononnya semua projek membabitkan muzium akan diluluskannya selain mendapat pulangan berlipat kali ganda.
"Pada pertemuan singkat itu, suspek menunjukkan senarai barangan untuk dibekalkan kepada PDRM dan meminta saya datang ke muzium di Jalan Perdana untuk sesi penerangan selain urusan menandatangani dokumen berkaitan berhubung tender terbabit. "Wanita itu memaklumkan semua barangan akan dibeli PDRM dan saya diminta menyediakan bayaran RM70,000 sebagai modal untuk proses terbabit. "Selepas itu, saya dibawa berjumpa seseorang dikenali sebagai Hasbullah di sebuah bengkel tempat projek sepatutnya dijalankan," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat di pejabatnya, semalam.
Selepas itu, katanya, wanita terbabit menyerahkan dokumen pesanan kerajaan daripada bahagian logistik Bukit Aman berjumlah RM1.7 juta untuk membekalkan peralatan muzium terbabit menyebabkan dia yakin berurusan dengan pihak yang betul. "Awal Januari lalu, dia bertemu saya dan seorang lagi rakan niaga dan menyerahkan surat lantikan bagi kerja membaik pulih dan menaik taraf muzium polis berjumlah RM4.5 juta. Melihat ia ditandatangani Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, saya bertambah yakin biarpun pada masa sama menantikan hasil 'pelaburan' awal seperti dijanjikan," katanya.
|
Belasah majikan guna rantai besi Posted: 15 Sep 2011 11:53 AM PDT AMPANG: Seorang majikan cedera di bahagian badan selepas dipukul dengan rantai besi oleh bekas pekerjanya yang menuntut wang gaji dalam kejadian di Pandan Mewah, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 36 tahun kerugian RM5,000 apabila bekas pekerjanya memecah cermin kereta Honda CRV menggunakan rantai pengunci motosikal.
Katanya, dia terkejut lelaki terbabit tiba-tiba menyerangnya dengan rantai besi tanpa berbincang.
Menurutnya, lelaki itu mengamuk kerana mahu menuntut wang gajinya, padahal dia melarikan diri dengan berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa memberi notis.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan