Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Sep 2011 11:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua beranak yang menjadi dalang beberapa kes samun dan pecah rumah di Brickfields sejak awal tahun ini diburu selepas polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil curi dengan anggaran nilai RM100,000 di sebuah rumah di Setapak, di sini, Rabu lalu. Suspek, Lee Tai Ping, 64, pemandu teksi dan anak lelakinya, Lee Kok Yew, 27, diminta tampil bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui mereka dikehendaki polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan curi termasuk skrin komputer, televisyen, komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenis, pengering rambut dan geran kereta pemilik lain di rumah suspek.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta kedua-dua suspek tampil ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.
|
Posted: 19 Sep 2011 11:21 AM PDT AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.
"Berang mendengar 'leteran' si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya," katanya.
Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.
Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan