Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Sep 2011 09:34 AM PDT KUALA LUMPUR: "Ketika saya leka menyiapkan kerja di ruang tamu, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising seakan orang bergaduh di luar rumah. "Sebaik meninjau, saya terkejut apabila mendapati beberapa lelaki berlari menyelamatkan diri kerana api marak memusnahkan bekas kilang getah di hadapan rumah saya," kata Hamidi Mohd, 31, saksi kejadian kebakaran bekas kilang getah Lian Hin Rubber di Kampung Padang Balang, di sini, awal pagi semalam. Beliau berkata, ini kebakaran pertama dan terbesar yang pernah disaksikannya sejak menyewa di kawasan itu lima tahun lalu dan rumahnya kira-kira 100 meter dari kilang terbabit. Kilang getah 11 tingkat yang dianggarkan bernilai RM5 juta itu kini dijadikan gudang penyimpanan barangan pembinaan, makanan selain menjadi kilang perabot hangus dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 21 Sep 2011 09:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditahan dalam satu tangkapan memfailkan saman terhadap tujuh anggota polis kerana menyebabkan kecederaan terhadap mereka dalam siasatan yang dijalankan tiga tahun lalu. B Prabakar, 30, dan C Solomon Raj, 20, masing-masing plaintif pertama dan kedua memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Mereka menamakan tujuh anggota polis, Sarjan Mohd Shafiee Abdul Halim, Sarjan Mohd Diah Sulaiman, Sarjan Zulkiplly Taib, Koperal Abdullah Musa, Koperal Zamrin Zaid, Lans Koperal Matila@Saudi Ismail dan Lans Koperal Nizam Abdul Wahab sebagai defendan pertama hingga ketujuh. Mereka turut menamakan Ketua Polis daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebagai defendan kelapan dan kerajaan Malaysia, defendan kesembilan. Mengikut pernyataan tuntutan, kedua-dua plaintif mendakwa mereka ditahan pada 23 Disember 2008 jam 9.30 malam, di sebuah tempat letak kereta di hadapan Kelab My Place, Sri Hartamas, dekat sini, dalam satu operasi tangkapan.
Pada 12 September lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Mohd Shafiee dan Mohd Diah membela diri terhadap tuduhan berkenaan. Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan