Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Sep 2011 09:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Nyawa kami dalam bahaya. Begitu situasi dihadapi penduduk Kondominium Bintang Mas, Cheras, apabila diancam denggi sejak beberapa bulan lalu. Bukan satu atau dua kes dilaporkan sebaliknya 13 penduduk dilaporkan dijangkiti termasuk beberapa orang daripadanya disyaki denggi.
"Ketika ini kami sekeluarga diancam denggi. Tiga anak saya pula demam dan mengalami bintik-bintik merah pada badan. Saya berulang-alik ke hospital setiap hari kerana mereka dalam pemerhatian dan perlu menjalani pemeriksaan darah.
Selain Roslan, beberapa penduduk turut dimasukkan ke hospital dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini termasuk Chuan Tzu Mei, 38, yang mengalami masalah kekurangan darah mendadak.
Dia berkata, masalah denggi bermula sejak tahun lalu dan bilangannya semakin meningkat tahun ini.
|
Dikeroyok keluarga rakan wanita Posted: 23 Sep 2011 09:33 AM PDT AMPANG: Seorang pelajar lelaki cedera dibelasah ahli keluarga rakan wanitanya gara-gara dituduh melakukan perkara tidak elok dengan anak gadis mereka menyebabkan dia cedera di kepala, tangan dan badan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, pelajar terbabit yang berusia 17 tahun tidur di rumah rakannya di Pandan Mewah, di sini, sebelum terjaga apabila terdengar pintu rumah diketuk.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memberitahu orang yang dicari itu dirinya dan belum sempat berbuat apa-apa, seorang daripada lelaki terbabit masuk dan menumbuk muka serta kepalanya.
"Pada pertemuan itu, pelajar perempuan terbabit disoal keluarga itu sama ada mangsa pernah berbuat perkara tidak elok kepadanya dan anak mereka.
Sumber itu berkata, sebaik mendengar penjelasan itu, mangsa dilepaskan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan