Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Sep 2011 01:01 AM PDT IPOH: Sepasang adik beradik berasal dari Muar, Johor sengaja mencari nahas apabila ditahan pihak berkuasa negara jiran selepas cuba menyeludup 500 gram dadah syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000. Difahamkan, suspek wanita berusia 46 tahun dan adik lelakinya berusia 33 tahun menggunakan taktik menyembunyikan bungkusan paket dadah di dalam alat generator, mesin mengurut kaki dan pelbagai perkakasan elektrik yang dibawa masuk ke negara itu.
Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, pasangan adik beradik terbabit ditahan jam 1.30 tengah kelmarin selepas tiba ke pelabuhan itu.
Difahamkan, dua bungkusan dadah syabu berwarna biru manakala lima bungkusan lagi berwarna putih, dan dianggarkan bernilai RM500,000 mengikut harga pasaran.
Suspek yang mendakwa dadah syabu itu perlu dihantar ke destinasi Surabaya kini ditahan di balai Polis Bengkalis dan bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang 15 tahun.
|
Posted: 24 Sep 2011 08:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu dua beradik yang disyaki terbabit dalam pengeboman di pekan Sungai Golok sehingga meragut lima nyawa, termasuk empat rakyat Malaysia, minggu lalu. Suhaidi Kubaru, 26, dan abangnya Roslan, 27, dipercayai memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand, membolehkan mereka bebas berada di kedua-dua negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya dimaklumkan pihak berkuasa Thailand mengenai kedua-dua suspek itu dan akan memberi kerjasama penuh dengan polis Thailand dalam usaha memburu Suhaidi dan Roslan.
Kelmarin, Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Chaithat Intanuchit memberitahu, pihak berkuasa Malaysia dimaklumkan mengenai Suhaidi dan Roslan yang dipercayai bersembunyi di negara ini.
Chaithat berkata, pihaknya mempunyai bukti jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Suhaidi berada di depan Hotel Merlin, Sungai Golok beberapa minit sebelum letupan pada 16 September lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan