Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 Oct 2011 12:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami. Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis. Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain. Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
‘Terkejut nampak muka bayi’ Posted: 02 Oct 2011 12:21 PM PDT KOTA BHARU: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat bukan saja dihumban ke dalam perigi sedalam lima meter, malah disumbat di dalam beg sebelum ditemui di kawasan kebun getah, Kampung Belimbing dekat Limbat, di sini, pagi semalam. Mayat bayi yang dipercayai dilahirkan beberapa hari lalu ditemui pada jam 8 pagi oleh seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lunik, 64, sebelum dia menghubungi polis.
Katanya, ketika mahu mengambil air di sebuah perigi , dia ternampak sebuah beg sebelum menaikkan beg itu menggunakan galah.
Katanya, polis turut menemui sebuah bungkusan berisi pakaian dalam wanita dan kain tuala dipenuhi darah yang ditinggalkan kira-kira 20 meter dari perigi berkenaan.
Menurut Jalaluddin, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan