Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 04 Oct 2011 09:46 AM PDT JOHOR BAHRU: "Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain. "Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai 'permainan' seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.
Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.
Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.
"Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.
|
Posted: 04 Oct 2011 09:46 AM PDT KOTA BHARU: Mayat seorang kontraktor ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangannya terikat di belakang, mukanya dipenuhi kesan lebam dan kepalanya berlumuran darah dalam sebuah kebun pisang berdekatan Kampung Kubang Palas, Binjai, di sini, semalam. Mayat itu ditemui pada jam 7.50 pagi oleh penduduk kampung, Zamizi Mohamad, 42, yang dalam perjalanan ke kebunnya untuk memetik sayur sebelum dia memaklumkannya kepada penduduk kampung dan menghubungi polis.
"Saya terkejut menemui mayat seorang lelaki dengan tangan terikat di belakang, muka dipenuhi kesan lebam dan kepalanya berlumuran darah di sebuah kebun pisang.
Katanya, mayat itu dikenali sebagai Saw Yee Siang, 57, seorang kontraktor berasal dari Tumpat.
"Kami percaya mangsa mati kira-kira 10 jam sebelum ditemui dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kelantan, di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan