Sabtu, 8 Oktober 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Isteri terbocor rahsia sendiri

Posted: 07 Oct 2011 10:18 AM PDT

JOHOR BAHRU: Curiga sang suami terhadap isterinya yang beria-ia mahu menggugurkan kandungan membongkar kecurangan wanita terbabit yang dikahwini sejak 12 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila si suami yang juga pakar psikologi dan hanya mahu dikenali sebagai Shan, 40, mengetahui isterinya hamil anak ketiga, tetapi hairan selepas wanita terbabit beria-ia mahu menggugurkan kandungan dengan alasan tidak mahu anak lagi.

Menurut Shan yang bertugas di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, isterinya yang hanya dikenali sebagai Rupa, 31, rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

"Semuanya bermula pada Ogos 2009 apabila isteri memaklumkan dia hamil dua bulan. Saya sangat gembira, tetapi sebaliknya dia bengang dengan perkara berkenaan.


"Saya mula hairan dan selepas membuat perkiraan, saya sudah beberapa minggu tidak bersamanya dan mustahil dia hamil dua bulan," katanya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sentuh hati semua golongan

Posted: 07 Oct 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang terbaik pernah dibentangkan selama ini.

Beliau berkata, belanjawan itu mencakupi semua bidang selain menyentuh hati semua peringkat rakyat sama ada petani, nelayan, pesara, pegawai kerajaan dan sebagainya.


"Tahniah kepada Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan dan saya sifatkan ia terbaik yang mungkin belum pernah dibentangkan sebelum ini.

"Apa yang kita dengar tadi (semalam) mencakupi semua bidang. Justeru, saya sifatkan belanjawan ini memberi perhatian kepada semua rakyat di negara kita," katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, semalam.


Muhyiddin berkata, dalam situasi ekonomi sekarang bukan mudah untuk kerajaan membentangkan belanjawan yang seimbang.


"Tetapi dalam belanjawan ini, Perdana Menteri dapat bentang belanjawan yang seimbang iaitu dalam keadaan sama masih mampu untuk meneruskan pertumbuhan sasaran 5.5 peratus tahun depan dan dalam keadaan sama mengurangkan deposit kepada 4.7 peratus.

"Jadi nak seimbang keduanya bukan mudah, tapi Alhamdulliah telah berhasil dilaksanakan dalam belanjawan ini," katanya.


Muhyiddin berkata, dalam belanjawan itu dan menjadi perhatian utama ialah untuk mengurangkan beban rakyat di pelbagai peringkat.

"Contoh dalam menangani masalah inflasi di peringkat mikro dan langkah yang dikemukakan adalah ia memberi bantuan RM500 kepada setiap isi keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 membabitkan RM1.8 bilion dan menyentuh lebih 3.4 juta isi rumah.


"Dan jaminan kerajaan untuk beri subsidi RM33.2 bilion iaitu satu manifestasi kita untuk bantu rakyat dan kedai rakyat 1Malaysia akan diteruskan manakala bilangannya akan ditambah," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved