Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 21 Oct 2011 10:23 AM PDT SIBU: Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin. Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan. Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka 'naik angin' dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Tembakan di kepala punca kematian Posted: 21 Oct 2011 10:23 AM PDT MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.
Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.
"Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain," katanya.
Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. "Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati," katanya kepada Reuters.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan