Sabtu, 22 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut terhidu asap

Posted: 21 Oct 2011 10:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati dalam kebakaran unit rumahnya di tingkat satu pangsapuri Rampai Court, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Ser Thien Fan, 43, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan terbakar di tangan kiri.


Menurut sumber, sebelum kebakaran, mangsa datang ke rumah jirannya dan cuba memotong jeriji rumah dengan pisau pemotong dan penukul besi.

Katanya, jiran lain yang kebetulan berada di tempat kejadian keluar untuk menenangkan mangsa.


"Mangsa mendakwa adiknya berada dalam rumah jirannya itu, tetapi sebenarnya tidak," katanya.


Beliau berkata, sebaik ditenangkan, mangsa pulang semula ke rumahnya manakala jiran berkenaan memaklumkan kepada pengawal keselamatan di pangsapuri itu agar menghubungi polis.

"Beberapa minit kemudian polis tiba dan datang ke rumah mangsa, tetapi dia enggan membuka pintu. Anggota terbabit kemudian pulang semula ke balai.


"Dalam kejadian jam jam 6 petang, ada jiran ternampak api dalam bilik rumah mangsa sebelum menghubungi bomba. Ketika kejadian mangsa hanya berseorangan manakala suaminya keluar bekerja," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.09 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera dan 30 anggota.


Katanya, sebaik tiba, pintu rumah mangsa terkunci dan anggotanya terpaksa memecahkannya untuk masuk menyelamatkan mangsa.


"Kami mendapati mangsa terbaring dalam bilik dengan keadaan tidak sedarkan diri. Terdapat kesan melecur pada tangan kiri mangsa," katanya ketika ditemui.


Menurutnya, mangsa dipercayai mati akibat terhidu asap.


"Siasatan kami mendapati kebakaran bermula dari dalam bilik mangsa. Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua syarikat guna perisian cetak rompak diserbu

Posted: 21 Oct 2011 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan dan sebuah syarikat kejuruteraan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara berasingan selepas dikesan menggunakan perisian komputer cetak rompak.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan pertama pada 12 Oktober lalu jam 3 petang, empat anggota menyerbu syarikat kejuruteraan selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti berkenaan.


"Dalam serbuan pertama itu, pegawai penguat kuasa menyita lima komputer dan 27 perisian komputer bernilai RM214,000. Tindakan diambil kerana disyaki menggunakan salinan `langgaran'," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop.


Sementara itu, operasi pada jam 3 petang, Rabu lalu (19 Oktober) pula membabitkan syarikat pembinaan dengan anggota penguat kuasa menyita tiga kelengkapan komputer serta 17 salinan `langgaran' bernilai RM99,000.


"Perkara ini berlaku kerana perisian tiruan paling mudah diperoleh selain syarikat tidak gemar berbelanja besar bagi mendapatkan perisian tulen.

"Mereka sebenarnya tidak faham bukannya membeli hak cipta sesebuah perisian itu, tetapi hanya menggunakannya mengikut syarat dan peraturan yang sudah dikuatkuasakan," katanya.


Menurutnya, antara perisian yang dicetak rompak ialah Adobe Acrobat, Adobe Photoshop, Adobe InDesign dan Symantec Norton Anti Virus.

Abu Samah berkata, kedua-dua syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda minimum RM2,000 setiap keping dan maksimum RM20,000.


Katanya, sejak Januari lalu, pelbagai barangan dan perisian cetak rompak bernilai RM1.5 juta dirampas dan ini menyaksikan 'trend' kegiatan itu dikesan semakin berleluasa dalam pelbagai industri di negara ini.


Sebanyak 49 komputer dan 219 salinan perisian palsu dirampas membabitkan industri seni bina, pengurusan acara dan pameran, pengangkutan, kafe siber dan pembelajaran pertahanan serta penerbangan secara talian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved