Ahad, 23 Oktober 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


10 minit tiga kali sehari

Posted: 23 Oct 2011 08:01 AM PDT

SENAMAN dapat membentuk tubuh menawan. Bukan itu saja, ia juga membantu memberikan kesihatan kepada tubuh badan jika dilakukan dengan kerap dan mengikut cara yang betul.

Bagi wanita, memiliki bentuk badan yang sempurna memang diinginkan. Jadi, apa salahnya jika mengubah sikap malas kepada rajin dengan melakukan senaman ringkas yang dapat memberi kebaikan kepada badan terutama pada bahagian tangan, punggung, perut dan kaki agar kelihatan lebih anjal, sekali gus melegakan keletihan.

Perlu diingat, punggung dan perut adalah otot yang mudah mengembang tetapi paling sukar untuk mengembalikannya kepada bentuk asal jika tidak mengambil berat mengenainya.

Oleh itu, senaman ringkas sebagai satu cara yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut tempat kegemaran tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi, malah percuma.


Anda hanya memerlukan 10 minit dan lakukannya tiga kali sehari berbanding senaman biasa selama 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi bekerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari serta 10 minit sebelum pulang ke rumah.


Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin yang tinggi perlu ada bagi melihat hasil terbaik untuk mendapatkan bentuk asal tubuh.

Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplin tidak diikuti, hasilnya pasti akan mengecewakan, sekali gus rasa malas untuk meneruskan senaman.

Cara yang mudah adalah jadualkan senaman yang ingin dilakukan supaya ia lebih konsisten di samping mempelbagaikan langkah atau teknik bagi mengelakkan kebosanan kerana melakukan cara yang sama.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak ingin melakukan senaman, ikuti beberapa langkah mudah senaman yang ditunjukkan tiga jurulatih kecergasan bebas, Noor Ashikin Mohd Ruzi, Ada Sandha Anuar dan Dyana Sidek.

Full content generated by Get Full RSS.

Anda mesti aktif, gerakkan badan!

Posted: 23 Oct 2011 07:08 AM PDT

INI rutin hidup kita setiap hari - bangun pagi terus sarapan. Kemudian menyelit di jalan yang sesak untuk ke tempat kerja.

Lapan jam seterusnya dihabiskan dengan duduk di depan komputer, lama-kelamaan menyebabkan tulang dan sendi kita sakit. Selesai kerja, kita pulang ke rumah dan menghabiskan hari selebihnya di atas sofa, sementara menunggu hari esok yang dipenuhi dengan rutin yang sama.

Ini menjadikan kita generasi tidak aktif - yang lebih banyak duduk daripada bergerak.

Hasil penyelidikan mendapati kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan 74 peratus daripada hari mereka dengan duduk, tidur atau berbaring. Angka yang membimbangkan ini disebabkan beberapa faktor dalam gaya hidup semasa wanita kurun ke-21, yang bekerja hingga lewat petang atau malam, hingga tiada masa untuk melakukan aktiviti fizikal atau mengamalkan tabiat makan yang sihat.


Meskipun kesedaran terhadap tabiat makan yang sihat dan gaya hidup sihat semakin meningkat, usaha untuk mengamalkannya masih kurang. Kebanyakan wanita Malaysia hanya mengambil 50 peratus daripada keperluan kalsium harian mereka dan hanya sembilan peratus wanita Malaysia mengamalkan senaman secukupnya.


Bagaimana dengan baki 91 peratus lagi? Gaya hidup tidak aktif boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius - penyakit kardiovaskular, obesiti dan diabetes. Tahukah anda gaya hidup tidak aktif juga boleh menyebabkan kemerosotan tulang?

Kita memang menyedari masalah osteoporosis. Kita juga memang memahami pentingnya kalsium. Bagaimanapun, ramai wanita di Malaysia terus menyangka mereka tidak akan mengalami osteoporosis kerana mereka muda, tanpa menyedari tulang kita mungkin lemah bermula pada usia 30-an.

Ini mungkin disebabkan kita tidak boleh merasai dan melihat kesan 'penyakit senyap' ini. Kita tidak sedar tulang kita sentiasa dalam proses penguraian dan memerlukan aktiviti fizikal dan pemakanan secukupnya untuk proses pembinaan semula.

Cara pemikiran kita, 'Saya tidak akan mengalami osteoporosis kerana saya masih muda', menyukarkan lagi kesedaran mengenai penjagaan tulang. Ramai terus mempercayai penyakit yang berkaitan tulang tidak membawa maut berbanding penyakit kardiovaskular dan kanser.

Mereka tidak tahu hasil penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan kemungkinan wanita dalam usia pertengahan hingga lewat 60-an meninggal dunia dalam masa setahun selepas mengalami patah tulang pinggul adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding wanita dalam usia sama yang tidak mengalami patah tulang pinggul.

Angka ini benar dan menakutkan. Menjelang 2050, 50 peratus daripada kes retak tulang akan dilaporkan di Asia.

Pada kebiasaannya, simptom osteoporosis tidak diketahui sehingga sejumlah jisim tulang hilang. Akibatnya, osteoporosis sering dikesan selepas berlakunya kepatahan tulang.

Disebabkan kos rawatan yang meningkat, satu-satunya cara untuk menangani masalah kemerosotan tulang ialah dengan strategi pencegahan, termasuk pengambilan vitamin D, mengamalkan gaya hidup aktif dan diet seimbang seperti minuman susu kalsium tinggi (seperti Anlene) untuk memenuhi keperluan 1,000 miligram kalsium sehari. Langkah ini patut diambil sekarang untuk membantu proses pertumbuhan semula tulang.

Dalam soal kesihatan tulang, langkah pencegahan adalah benar-benar lebih baik daripada pengubatan, lebih-lebih lagi memandangkan tulang mungkin mula lemah seawal usia 30-an.

Jadi, bagi wanita yang leka dengan gaya hidup tidak aktif, anda akan kesuntukan masa jika anda tidak bertindak dari sekarang. Jaga kesihatan tulang anda, mulakan usaha untuk memenuhi keperluan kalsium anda hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved