Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Oct 2011 11:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya. Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.
"Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya," katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.
"Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami," katanya.
Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
Tak setuju berniaga hanya pada Sabtu Posted: 02 Oct 2011 11:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Tegang. Itu suasana yang berlaku ketika perbincangan antara Persatuan Peniaga KL 1Malaysia Kuala Lumpur dan wakil Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) berhubung isu pemindahan tapak perniagaan Program KL Family Fair di lot 152 ke lot 45 di Matic, Jalan Ampang, dekat sini. Peniaga mendakwa, lokasi baru itu menyebabkan mereka rugi kerana hanya dibenarkan berniaga setiap Sabtu berbanding lokasi lama iaitu enam hari seminggu, sekali gus enggan berpindah ke lot 45.
"Sepanjang sesi perbincangan, kami dapati isu ini berlaku disebabkan salah faham dengan peniaga tidak mendapat penjelasan tepat mengenai syarat program.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Rashidi Hasbullah.
"Kementerian mendapati lokasi percubaan selama tiga minggu itu tidak berjaya. Oleh itu, peniaga yang masih berminat untuk berniaga di lot 45 boleh terus berbuat demikian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan