Selasa, 4 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


10 kubur rosak

Posted: 03 Oct 2011 09:44 AM PDT

GOMBAK: Tindakan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja menebang pokok mati di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak, di sini, dipercayai menjadi punca kerosakan beberapa kubur di situ.

Tinjauan mendapati hampir 10 kubur rosak dan konkrit di bahagian atasnya pecah berikutan kontraktor terbabit tidak meletakkan penghadang sebelum melakukan kerja penebangan.

Lebih teruk, serpihan batang pokok yang dipotong dibiarkan bertaburan di setiap sudut tanpa dibersihkan sejak kerja memotong pokok mati berkenaan dilakukan, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Simpang 3, Ali Omar Zoalkafli, berkata pihaknya kecewa sikap sambil lewa mereka yang melakukan kerja itu.


"Susah payah saya mengumpul dana bersama penduduk dan bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan ini, hanya kerana sebatang pokok semuanya menjadi huru-hara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Jawatankuasa bebas siasat

Posted: 03 Oct 2011 09:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung dakwaan kesilapan kakitangan hospital memasukkan darah jenis berbeza ke badan seorang pegawai bank akan disiasat Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi memastikan ia dibuat dengan adil dan telus.

Pengarah Hospital Kajang, Dr Kuldip Kaur dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harian Metro berkata, ahli keluarga mangsa akan dipanggil untuk memaklumkan hasil siasatan sebelum tindakan wajar diambil.


Beliau berkata, pihaknya bersimpati dengan insiden terbabit.

"Kami sudah melakukan siasatan kes terbabit dan mengambil langkah wajar bagi mengelak insiden sama berulang pada masa depan," katanya.


Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca akibat kecuaian petugas hospital berkenaan yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke dalam badannya.


Berikutan kejadian yang didakwa berlaku pada 22 September lalu, mangsa, Faridah Abd Aziz, 34, kini menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suami mangsa, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital memasukkan darah jenis B ke badan isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved