Selasa, 11 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Drebar nyaris maut ditembak peragut

Posted: 10 Oct 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu berusia 25 tahun nyaris maut apabila dia ditembak di leher kirinya dalam kejadian ragut, semalam.

Difahamkan, mangsa mahu menghantar majikannya yang juga doktor Klinik Kita, Wangsa Maju, di sini, pulang selepas tamat waktu kerja.


Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Farid menyandang sebuah beg sebelum dia dihampiri seorang lelaki berusia 20-an dan meragut begnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terbabit bergelut beberapa minit sebelum suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat dan terkena kiri leher mangsa.


"Akibat tembakan itu, mangsa rebah dan suspek melarikan diri dengan beg mangsa ke arah seorang lagi rakan suspek yang menunggang motosikal tidak jauh dari tempat kejadian.


"Beberapa kakitangan klinik berkenaan yang menyedari kejadian itu keluar dan menghulurkan bantuan kepada mangsa sebelum ambulans tiba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.


Katanya, suspek melarikan diri ke Jalan Wangsa Maju dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai Yamaha 125Z.

Zakaria berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Full content generated by Get Full RSS.

Tebuk kedai emas

Posted: 10 Oct 2011 10:32 AM PDT

KUALA SELANGOR: Dua penjenayah bukan saja memanjat siling sebuah pasar raya, di sini, malah berani mengambil masa hingga lebih lima jam menebuk dinding sebuah kedai emas dan peti besi sebelum melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000.

Pelakuan penjenayah lelaki berusia 25 hingga 30-an terbabit dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan.


Rakaman menunjukkan dua suspek menceroboh pasar raya itu bermula jam 12.05 tengah malam Sabtu lalu sebelum menggerudi dinding kedai emas berkenaan dan keluar membawa beg berisi barang kemas yang dicuri jam 5.29 pagi, kelmarin.

Sumber polis berkata, pada mulanya dua suspek itu memanjat siling pasar raya berkenaan sebelum menceroboh masuk ke sebuah butik.


"Butik berkenaan terletak bersebelahan kedai emas berkenaan. Suspek yang membawa beg berisi mesin gerudi menggunakan alatan itu untuk menebuk dinding yang tepat menembusi di kedudukan peti besi kedai emas itu.


"Suspek mengambil masa agak lama sebelum peti besi itu ditebuk dan melarikan barang kemas," katanya.

Menurutnya, mungkin akibat keletihan suspek melarikan diri membawa barangan berharga itu dengan meninggalkan alatan penebuk berkenaan di tempat kejadian.


Kejadian, katanya, disedari pekerja pasar raya ketika mahu memulakan tugas jam 8 pagi kelmarin sebelum terlihat dinding itu ditebuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes berkenaan setakat ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk bangunan pada waktu malam.

Menurutnya, polis melancarkan gerakan memburu bagi memastikan suspek terbabit diberkas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved