Harian Metro: Setempat |
Drebar nyaris maut ditembak peragut Posted: 10 Oct 2011 10:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pemandu berusia 25 tahun nyaris maut apabila dia ditembak di leher kirinya dalam kejadian ragut, semalam. Difahamkan, mangsa mahu menghantar majikannya yang juga doktor Klinik Kita, Wangsa Maju, di sini, pulang selepas tamat waktu kerja.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terbabit bergelut beberapa minit sebelum suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat dan terkena kiri leher mangsa.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Zakaria berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 10 Oct 2011 10:32 AM PDT KUALA SELANGOR: Dua penjenayah bukan saja memanjat siling sebuah pasar raya, di sini, malah berani mengambil masa hingga lebih lima jam menebuk dinding sebuah kedai emas dan peti besi sebelum melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000. Pelakuan penjenayah lelaki berusia 25 hingga 30-an terbabit dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan.
Sumber polis berkata, pada mulanya dua suspek itu memanjat siling pasar raya berkenaan sebelum menceroboh masuk ke sebuah butik.
Menurutnya, mungkin akibat keletihan suspek melarikan diri membawa barangan berharga itu dengan meninggalkan alatan penebuk berkenaan di tempat kejadian.
Menurutnya, polis melancarkan gerakan memburu bagi memastikan suspek terbabit diberkas. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan