Jumaat, 14 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Ayat pelangkah’ tidak menjadi

Posted: 13 Oct 2011 12:31 PM PDT

KAJANG: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu nasib menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang menggunakan ayat azimat yang dikenali 'ayat pelangkah' yang dipercayai menjadi pelindung mereka untuk melakukan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Kajang.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan polis, 'kekebalan' semua suspek yang dikenali 'Geng Tong Gas' berakhir sejurus dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, jam 9.15 malam, 7 Oktober lalu di Sungai Chua, di sini.


Selain dijadikan azimat, suspek turut menggunakan ayat berkenaan sebagai rujukan dan panduan untuk mengetahui tarikh dan masa sesuai untuk menyamun.

Difahamkan, suspek akan menyelit ayat berkenaan pada seluar ketika menyamun dipercayai untuk mendapatkan kekuatan selain membolehkan aktiviti jenayah mereka tidak dapat dihidu polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata semua suspek berusia 30-an itu dilaporkan terbabit kes pecah rumah dan samun seorang jurutera yang mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM8,000 dalam kejadian di Batu 14, Hulu Langat, 6 Oktober lalu.


Dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu belakang rumah mangsa.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di Kajang.


"Semua suspek kini direman sehingga 14 Oktober dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya dalam sidang media di IPD Kajang, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

7,113 diundi mohon PR1MA

Posted: 13 Oct 2011 10:48 AM PDT

PUTRAJAYA: Tiada pintu belakang terhadap proses pemilihan permohonan rumah mampu milik fasa pertama Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11, di sini, malah keseluruhannya dipantau perunding juruaudit bertauliah, KPMG Business Advisory Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata setiap permohonan diberikan nombor sebelum disemak secara teliti melalui senarai utama yang dibahagikan kepada dua warna mengikut kategori.


Menurutnya, warna biru bagi pemohon belum mempunyai rumah membabitkan 5,943 pemohon atau 84 peratus manakala merah jambu bagi mereka yang memiliki sebuah rumah dengan 1,170 permohonan (16 peratus).

"Permohonan itu dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar sebelum dikunci dan dimasukkan di dalam bilik kebal serta diletakkan di bawah jagaan firma juruaudit berkenaan.


"Kotak itu akan dibuka esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika proses mencabut undi dilakukan di Kompleks Kejiranan Presint 11," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Sebanyak 7,113 permohonan diterima sejak pendaftaran fasa pertama rumah mampu milik itu dibuka pada 30 September lalu, iaitu 13 kali ganda daripada jumlah rumah yang diperuntukkan 560 unit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved