Sabtu, 15 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Bukan dosa saya’

Posted: 14 Oct 2011 11:25 AM PDT

TAIPING: "Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah," ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.

Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.

Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.

"Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup," katanya.


Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ditindih lapan peragut

Posted: 14 Oct 2011 11:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja cedera dipukul dan ditindih lapan peragut, malah turut kerugian kira-kira RM1,500 dalam kejadian ragut di Taman Pertama Cheras, di sini, kelmarin.

Ketika kejadian jam 6 petang itu, mangsa berjalan ke tempat letak kereta selepas membeli barangan di pasar malam berhampiran sebelum didatangi lapan lelaki menunggang empat motosikal. Semua mereka dianggarkan berusia 20-an.


Mangsa, Ng Lee Hong, 53, berkata dia dihampiri dua lelaki bermotosikal yang cuba meragut beg tangannya, namun tidak berjaya.

Katanya, pergelutan di antara mereka menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum didatangi enam lagi lelaki yang menaiki tiga motosikal dan dua daripada mereka cuba menarik beg tangannya.


"Saya melawan, tetapi ditumbuk dua lelaki itu hingga tidak berdaya. Mereka kemudian bertindak kejam apabila menindih badan saya bagi mengelak saya bangun.


"Selain itu, mereka memukul badan saya dan menarik beg tangan yang mengandungi wang tunai dan barangan berharga lain termasuk subang emas," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu.


Akibat kejadian itu, dia cedera di badan dan kedua-dua tangan.

Katanya, selepas kejadian, dia mendapatkan kereta sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved