Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Oct 2011 10:18 AM PDT LEDANG: Seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala motosikalnya remuk teruk dipercayai selepas bertembung dengan sebuah lori di Sengkang Batu 19 Bukit Gambir, malam kelmarin. Shaidan Abdul Rahman, 33, yang dirempuh dari arah bertentangan dan diseret sejauh 10 meter, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, 30-an, berkata dia tidak menyangka kehadiran Shaidan ke gerai murtabaknya malam kelmarin adalah pertemuan terakhir mereka.
Adi yang menyangkakan sahabatnya cedera ringan terkejut sebaik tiba di tempat kejadian apabila mendapati Shaidan meninggal dunia.
"Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
|
Posted: 15 Oct 2011 08:19 AM PDT KUALA LUMPUR: "Langkah utama perlu diambil Liza adalah mendokumentasikan semua masalah dihadapinya kepada pihak berkenaan termasuk pejabat agama, Mahkamah Syariah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis," kata Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Faridah Maludin. Menurutnya, jika benar diceraikan suami, Liza harus membuat semakan di pejabat agama bagi memastikan kesahihan perceraian, selain mendapatkan salinan dokumen sebagai bukti untuk membuat tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah.
"Jika bekas suami menafikan hak itu dengan melarikan diri atau tidak berkemampuan, ahli keluarga bekas suami seperti ayah dan adik-beradik perlu memegang tanggungjawab terbabit kerana ia adalah wajib," katanya.
Menurutnya, dalam kes seperti ini mangsa berhak mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dengan merujuk cawangan JKM terdekat.
Namun mengulas mengenai kes yang dihadapi Liza, MAIWP tidak memiliki kuasa undang-undang bagi memastikan bantuan berkenaan digunakan ke saluran sepatutnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan