Isnin, 17 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pistol tiruan polis bantuan

Posted: 16 Oct 2011 11:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ditahan di sebuah pusat hiburan di Sentul, di sini, awal pagi Khamis lalu, kerana memiliki sepucuk pistol tiruan dan 10 peluru hidup.

Difahamkan, sebutir peluru hidup yang tercicir daripada poket seluar suspek ketika cuba melarikan diri dalam serbuan pada jam 1 pagi itu menimbulkan keraguan di kalangan anggota polis sebelum usaha memberkasnya.


Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata anggota polis yang curiga dengan tindakannya mengejar suspek dan menahannya untuk siasatan.

"Suspek mengaku dia anggota polis bantuan yang tidak bertugas. Pemeriksaan di tubuhnya menemui sepucuk revolver .38 dan 10 peluru.


"Rentetan penemuan senjata api itu, anggota polis memeriksa kenderaan suspek sebelum menemui sepucuk pistol tiruan jenis auto miliknya yang disembunyikan dalam kereta berkenaan," katanya ketika ditemui selepas melancarkan pusat operasi Community Policing di Dataran Pangsamurni Titiwangsa, Keramat Jaya 2, di sini, semalam.


Menurutnya, suspek direman sehingga esok (hari ini) dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Senjata 1960.

Mengulas mengenai program kepolisan itu, Zakaria berkata, penubuhannya bertujuan untuk membolehkan penduduk sekitar menyampaikan maklumat kegiatan jenayah secara terus kepada polis.


Katanya, pusat berkenaan atas inisiatif penduduk setempat selepas beberapa kes jenayah berlaku di kawasan terbabit yang mengorbankan anak pelakon, Norlia Ghani, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri dalam kejadian dua tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Aku pun boleh’

Posted: 16 Oct 2011 11:24 AM PDT

PEKAN: "Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini.

"Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu," kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.


Mohd Khairi yang terkenal dengan kegigihan mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar di Sungai Pahang, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu, mendirikan rumah tangga dengan Zaleha Mohd Nafis, 37, dan mereka kini menetap Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.

Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.


Katanya, tidak dinafikan perasaan bimbang anak yang bakal dilahirkan mengalami nasib sama dengannya setiap hari membuatkan selepas solat dia berdoa semoga Allah dapat membantu.


"Sepanjang isteri mengandung, sebanyak tiga kali proses imbasan dilakukan bagi mengetahui jantina seterusnya keadaan anak yang bakal lahir, saya berpuas hati kerjasama yang diberikan pihak Hospital Pekan dan Pusat Kesihatan Paloh Hinai, di sini, begitu membanggakan.

"Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, walaupun saiz anak lelakinya agak kecil dengan berat 2.49 kilogram, dia bersyukur proses kelahiran di wad bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada kedua-dua insan disayanginya itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved