Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Oct 2011 11:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ditahan di sebuah pusat hiburan di Sentul, di sini, awal pagi Khamis lalu, kerana memiliki sepucuk pistol tiruan dan 10 peluru hidup. Difahamkan, sebutir peluru hidup yang tercicir daripada poket seluar suspek ketika cuba melarikan diri dalam serbuan pada jam 1 pagi itu menimbulkan keraguan di kalangan anggota polis sebelum usaha memberkasnya.
"Suspek mengaku dia anggota polis bantuan yang tidak bertugas. Pemeriksaan di tubuhnya menemui sepucuk revolver .38 dan 10 peluru.
Mengulas mengenai program kepolisan itu, Zakaria berkata, penubuhannya bertujuan untuk membolehkan penduduk sekitar menyampaikan maklumat kegiatan jenayah secara terus kepada polis.
|
Posted: 16 Oct 2011 11:24 AM PDT PEKAN: "Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini. "Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu," kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.
Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.
"Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan