Harian Metro: Setempat |
Posted: 21 Oct 2011 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati dalam kebakaran unit rumahnya di tingkat satu pangsapuri Rampai Court, di sini petang semalam. Dalam kejadian jam 6 petang itu, Ser Thien Fan, 43, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan terbakar di tangan kiri.
Katanya, jiran lain yang kebetulan berada di tempat kejadian keluar untuk menenangkan mangsa.
"Beberapa minit kemudian polis tiba dan datang ke rumah mangsa, tetapi dia enggan membuka pintu. Anggota terbabit kemudian pulang semula ke balai.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.09 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dengan tiga jentera dan 30 anggota.
|
Dua syarikat guna perisian cetak rompak diserbu Posted: 21 Oct 2011 10:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembinaan dan sebuah syarikat kejuruteraan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara berasingan selepas dikesan menggunakan perisian komputer cetak rompak. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan pertama pada 12 Oktober lalu jam 3 petang, empat anggota menyerbu syarikat kejuruteraan selepas mendapat maklumat berhubung aktiviti berkenaan.
Hadir sama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop.
"Mereka sebenarnya tidak faham bukannya membeli hak cipta sesebuah perisian itu, tetapi hanya menggunakannya mengikut syarat dan peraturan yang sudah dikuatkuasakan," katanya.
Abu Samah berkata, kedua-dua syarikat terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda minimum RM2,000 setiap keping dan maksimum RM20,000.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan