Harian Metro: Setempat |
Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas Posted: 23 Oct 2011 09:48 AM PDT PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis, di sini, Jumaat lalu dengan nilai keseluruhan rampasan RM22,000. Pegawai Memerintah PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam.
"Operasi diketuai Inspektor Mohd Zamri Mohd Noor itu merampas sebuah lori tangki yang bermuatan diesel.
Norzaid berkata, dalam serbuan itu pasukannya turut menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor di premis itu kerana gagal menunjukkan bukti berdokumen berhubung kegiatan yang dijalankan.
|
Posted: 23 Oct 2011 09:47 AM PDT RAWANG: Seorang nenek dan cucunya berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Taman Bukit Rawang, di sini, dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang sebelum suspek mengikat mangsa dan melarikan wang tunai, barang kemas dan set televisyen dianggarkan bernilai RM30,000, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 64 tahun bersama dua lagi cucunya sedang menonton televisyen di ruang tamu terkejut apabila lima lelaki tidak dikenali menceroboh masuk.
"Pintu rumah yang terbuka menyebabkan suspek mudah masuk sebelum mengacukan parang dan menyuruh mereka tidak menjerit jika tidak mahu dicederakan.
"Mereka turut mengugut akan membunuh cucu mangsa jika dia enggan menyerahkan barangan berharga menyebabkan mangsa mengikut arahan suspek.
Sumber itu berkata, suspek mengambil masa tidak sampai 15 minit untuk menyamun mangsa sebelum beredar menaiki sebuah pikap Toyota Hilux.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan