Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 11 Nov 2011 11:12 AM PST SLIM RIVER: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang 'ghaib' sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas. Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.
Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.
Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.
|
Posted: 11 Nov 2011 11:04 AM PST KUALA KUBU BHARU: Lebih tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A To Z, 42, akhirnya kembali memegang status suami. Hanya dengan sekali lafaz, Lan dan pasangannya, Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, selamat diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, pada jam 11.11 pagi di sini, semalam. Berwalikan abang sulung Ain, Mohd Firdaus, 30, pasangan berpakaian sedondon warna putih ini dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaik, dengan disaksikan hampir 50 tetamu terdiri daripada keluarga pengantin dan peminat. Tarikh akad nikah ini dipilih sebagai simbolik ulang tahun kelahiran Ain pada 11 November.
Ditemui selepas itu, Lan bersyukur kerana segala-galanya berjalan lancar. Dia mengakui perasaan gementarnya hanya apabila berada di hadapan kadi.
"Dia mendapat hadiah yang paling istimewa dalam hidupnya iaitu seorang suami. "Saya berjanji akan menjaganya sebaik mungkin. Kami berjanji akan mempertahankan rumah tangga ini hingga ke akhirnya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan