Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 23 Nov 2011 12:41 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang. Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.
"Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan," katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.
Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.
|
Nafi tinggalkan anak sendirian Posted: 23 Nov 2011 12:33 PM PST MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu. Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.
Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.
Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan