Khamis, 24 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tiada pinjaman bank tapi muflis

Posted: 23 Nov 2011 12:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Akibat pernah kehilangan kad pengenalan 11 tahun lalu, pemandu lori, Zilah Mahmood, 34, kini menerima hakikat dirinya diisytiharkan muflis.

Ini berikutan kegagalan Zilah menjelaskan bayaran ansuran bulanan dan tunggakan kenderaan Kia Spectra 1.5 dan Proton Wira yang dibeli atas namanya berjumlah lebih RM100,000 walaupun dia tidak pernah membelinya.


"Saya tidak pernah membeli kereta itu dan mustahil mampu berbuat demikian kerana hidup susah selain gaji tidak mencukupi.

"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai kereta berkenaan sehingga menerima surat daripada bank pada 2008 yang mahu mengisytiharkan muflis jika gagal melunaskan tunggakan kereta berkenaan," katanya.


Perkara itu mengejutkan Zilah kerana dia tidak pernah melakukan urusan pembelian kereta dengan bank.


Difahamkan, pembelian kereta Kia Spectra itu dibuat pada 2003 dan pinjaman dilakukan menerusi cawangan bank berkenaan di Cheras. Ketika itu pula, Zilah berada di Kemaman, Terengganu dan bekerja sebagai penjaga parkir dengan gaji RM900 sebulan.

Selepas pemeriksaan, Zilah sekali lagi dikejutkan apabila dia diisytiharkan muflis terlebih dulu oleh sebuah lagi bank lain atas alasan sama iaitu gagal melunaskan ansuran bulanan sebuah lagi kereta Proton Wira yang turut didaftarkan atas namanya.


Menurutnya, kereta itu dibeli pada tahun sama dengan Kia Spectra itu dan pinjaman dibuat di Klang oleh individu lain yang menggunakan kad pengenalannya.

"Saya pernah kehilangan kad pengenalan pada 2001. Sepanjang tempoh itu sehingga sekarang, saya tidak pernah membuat pembelian dua kereta selang dua bulan pada 2003.


"Ia mengelirukan kerana saya hanya tahu mengenai pembelian kereta itu dan pengiktirafan muflis selepas membuat siasatan. Malah, saya juga tidak pernah dipanggil untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah bagi pengisytiharan muflis yang pertama itu," katanya.


Zilah yang ditemui dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam, turut mempersoalkan tindakan bank yang meluluskan pinjaman tanpa membuat pemeriksaan teliti terhadap dokumen pembeli.


Ia dipersetujui Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak yang berpendapat perkara seperti kes Zilah tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia membabitkan bank.


Sehubungan itu, PPIM membantu Zilah serta beberapa individu lain menerusi penyediaan khidmat peguam dan siasatan bagi membela orang ramai yang teraniaya.


"PPIM juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melakukan siasatan ke atas bank bagi mengekang masalah penipuan seperti ini dari terus berlaku," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

RM60,000 atau bankrap

Posted: 23 Nov 2011 12:06 PM PST

KUALA LUMPUR: "Bagaimana saya hendak bayar pinjaman perumahan kepada bank sedangkan hanya sebatang tiang didirikan pemaju," demikian keluhan Ahmad Zaki Samuri, 43, pembeli projek perumahan Yamin Height di Pulau Indah, Klang, yang terbengkalai sejak 2001.

"Kini bank mahu saya melunaskan pinjaman sehingga RM93,000 walaupun pemaju hanya menyiapkan satu peratus daripada projek berkenaan.


"Selepas rundingan, pihak bank mengurangkan bayaran itu kepada RM60,000 dan saya perlu membayarnya sehingga langsai jika tidak mahu diisytiharkan muflis," katanya dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini semalam.

Bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu tinggi selain menganggap tidak perlu membayar sesen pun kepada pihak bank berikutan rumah yang dibeli tidak siap.


"Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai tindakan mahkamah pada 2009 sedangkan pihak bank mempunyai nombor telefon saya," katanya.


Ahmad Zaki bakal muflis sekiranya gagal melantik peguam pertengahan Disember ini, untuk membuat rayuan selepas dijatuhkan hukuman itu di peringkat Mahkamah Seksyen pada 2009.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved