Khamis, 3 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Nasib 13 peniaga terbela

Posted: 02 Nov 2011 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerisauan peniaga di Hentian Bas Klang mengenai punca pendapatan mereka yang bakal terjejas akibat kerja pembinaan projek stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni, berakhir apabila mereka disediakan tapak niaga sementara iaitu kawasan lapang bersebelahan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di situ.

Ruang terbabit diberikan selepas perbincangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan Prasarana Negara Berhad bagi membela nasib 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan berkenaan.


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan, berkata mereka akan dipindahkan serta-merta sejurus tapak sementara itu sedia diduduki.

"Seramai 13 peniaga yang masih aktif berniaga di kawasan ini akan diberikan tapak sementara bersebelahan stesen LRT Pasar Seni bagi memberi mereka ruang untuk mencari pendapatan," katanya selepas melawat bekas tapak Hentian Bas Klang, Prasarama Kota, di sini, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

12 tahun dah jadi samseng

Posted: 02 Nov 2011 09:53 AM PDT

KAJANG: Samseng cilik. Itu gelaran buat seorang murid sekolah rendah, di sini, yang berusia 12 tahun apabila menyepak dan menumbuk rakan sekolahnya hingga bengkak bibir dan cedera pada mata kanan hanya kerana dikatakan merosakkan payung miliknya, kelmarin.

Mangsa yang berusia lapan tahun diperlakukan sedemikian ketika berada di dalam kawasan sekolah pada jam 9 pagi kerana bengang dengan tindakan mangsa merosakkan payungnya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian bermula apabila murid terbabit memanggil mangsa untuk mendapatkan kepastian sama ada mangsa yang merosakkan payung miliknya.

Katanya, mangsa yang tidak melakukan perkara seperti didakwa menafikan payung berkenaan dirosakkannya.


"Oleh kerana tidak dapat menerima penafian mangsa, murid terbabit menyepak dan menumbuk mangsa beberapa kali.


"Mangsa merayu supaya murid terbabit tidak meneruskan tindakannya itu kerana tidak tahan menanggung kesakitan selain berusaha meminta pertolongan daripada murid lain yang berada berhampiran tempat kejadian," katanya.

Ab Rashid berkata, bimbang mangsa terus dibelasah, beberapa murid yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada pihak sekolah.


Beliau berkata, sebaik pihak sekolah dimaklumkan kejadian itu, dia dibawa ke pejabat sekolah sebelum memaklumkan kejadian terbabit kepada bapa mangsa.

"Bapa mangsa yang berusia 39 tahun bergegas ke sekolah bagi melihat kecederaan anaknya.


"Sebaik diperiksa didapati bibir anak lelakinya bengkak selain kulit mata kanan mempunyai kesan koyak dipercayai akibat ditumbuk berulang kali," katanya.


Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan, bagaimanapun dibenarkan keluar selepas doktor mengesahkan mangsa tidak cedera serius.


Katanya, murid terbabit sudah dikenal pasti dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, tetapi polis perlu menunggu arahan pendakwa raya untuk memulakan siasatan memandangkan murid terbabit di bawah umur.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved