Sabtu, 5 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bukan habuan ‘ternak’ tikus

Posted: 04 Nov 2011 02:30 PM PDT

AMPANG: "Jangan jadikan tikus sebagai haiwan 'ternakan' semata-mata untuk mendapatkan ganjaran RM3 seekor diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," kata Timbalan Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain ketika majlis perasmian penutup Operasi Tangkap Tikus di Pandan Dalam, di sini, semalam.

Katanya, penduduk diminta tidak mengambil peluang ganjaran itu untuk menjana ekonomi masing-masing, sebaliknya perlu mengamalkan kebersihan.


"Sudah dua tahun program ini dianjurkan dan penambah baik dilakukan dari segi ganjaran iaitu dulu seekor tikus RM1 dan kini ditambah kepada RM3 untuk menarik lebih banyak penyertaan. "Sejak program itu dilancarkan pada Januari lalu, lebih 2,400 tikus dikumpulkan. Ternyata kaedah ini berkesan, malah menarik perhatian penduduk untuk menangkap tikus. Buktinya di kawasan Zon 15, Pandan Dalam, sudah tiga kali program sama dianjurkan dan mengumpulkan 1,600 tikus," katanya.

Abd Hamid berkata, di kawasan MPAJ, masalah tikus menjadi ancaman kepada penduduk di Taman Dagang, Taman Cempaka dan Kampung Cheras Baru.


Katanya, pelbagai kaedah digunakan termasuk mendapatkan khidmat pihak kawalan haiwan perosak, tetapi masih gagal diatasi hingga memaksa MPAJ bersama Ahli Majlis setiap zon menganjurkan kempen menangkap tikus selama 11 bulan bermula Januari lalu.


"Kami memerlukan kerjasama peniaga restoran, gerai makanan dan pemilik rumah memastikan tahap kebersihan di premis masing-masing berada pada tahap terbaik.

"Jadual kutipan sampah sudah diubah bagi meningkatkan kebersihan dan memastikan tikus tidak membiak kerana kawasan pembuangan sampah menjadi lokasi utama haiwan berkenaan," katanya.


Bagaimanapun, katanya, tikus bandar membiak cepat dengan berat boleh mencecah sekilogram seekor dan melahirkan anak sehingga 15 ekor setahun.

"Justeru operasi berterusan akan dilakukan bagi mengurangkan ancaman haiwan terbabit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Terminal’ bas tepi jalan

Posted: 04 Nov 2011 02:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Walaupun semua bas ekspres ke Selatan diarahkan beroperasi di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), masih ada syarikat bas enggan mematuhinya.

Ia terbukti apabila beberapa bas ekspres ke Selatan bukan saja mengambil penumpang, tetapi menjual tiket bas ke beberapa destinasi di Johor seperti Johor Bahru dan Larkin berhampiran Pudu Sentral.


Pekerja swasta, Aziz Hanif, 28, mendakwa dia sering melihat kegiatan ulat tiket menawarkan tiket bas di tepi Jalan Pudu berhampiran Bangunan Cahaya Suria.

"Setiap hari ada saja ulat yang menawarkan tiket dan biasanya bas menunggu di tepi jalan raya.


"Mereka beroperasi waktu pagi dan tengah hari dan orang ramai boleh menaiki bas yang diletakkan di situ," katanya, semalam.


Tinjauan mendapati lebih 10 ulat tiket termasuk wanita mendekati orang ramai khususnya yang membawa beg besar sebelum menawarkan tiket bas ke Selatan.

Tindakan mereka licik apabila berlagak seperti orang awam sebelum mengenal pasti individu yang hendak menaiki bas. Selepas ada yang berminat, orang awam itu dibawa berjumpa rakan ulat tiket bagi membuat bayaran, mendapat tiket bas seterusnya menaiki bas ekspres.


Bas yang sedia diletakkan di tepi jalan tidak mempunyai papan destinasi dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa dan memudahkan mereka menjalankan operasi haram di situ.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved