Khamis, 10 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Usung awek guna motosikal curi

Posted: 09 Nov 2011 09:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki untuk bersiar-siar bersama-sama kekasihnya dengan menunggang motosikal curi tidak terlaksana apabila dia dicekup malam kelmarin di Dataran Merdeka di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, lelaki berusia 25 tahun berkenaan bersama kekasihnya berusia 22 tahun ditahan di kawasan berkenaan ketika pasukan Unit Kuatkuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.


Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan ketika anggota polis mendekati mereka dan pemeriksaan awal ke atas motosikal Kawasaki RR 150 berwarna merah ditunggangi lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan milik seorang juruteknik makmal dan dilaporkan hilang di kawasan Batu 9, Cheras Jun lalu.


"Selepas disoal siasat, suspek mengaku motosikal berkenaan bukan miliknya dan dicuri di kawasan Sri Hartamas serta digunakan untuk kegunaan sendiri," katanya, di sini.


Menurutnya, motosikal yang dicuri itu disita sebelum pasangan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk diambil keterangan sebelum mereka ditahan di Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

Nasib baik mangsa ingat plat

Posted: 09 Nov 2011 09:33 AM PST

KAJANG: Dua lelaki yang menyamun seorang mekanik ditahan di sebuah hotel bajet di Batu 9, Cheras, di sini hanya beberapa jam selepas kejadian itu, pagi semalam.

Polis mengesan suspek di hotel berkenaan pada jam 4 pagi sebaik menerima laporan mangsa yang berusia 20 tahun.


Suspek menyamun mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 9, di sini, pada jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik ditahan, suspek mengacukan parang ke arah mangsa sebelum mengarahkannya menunggang motosikal ke taman permainan satu kilometer dari tempat dia ditahan.


"Bimbang dicederakan, mangsa menurut arahan suspek yang kemudian mengarahkannya berhenti di kawasan gelap dan memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga dan wang tunai," katanya.


Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan RM100 dan telefon bimbit sebelum suspek melarikan diri ke arah jalan besar dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Nasib menyebelahi mangsa, apabila dia mengingati nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian.


Ab Rashid berkata, bertindak atas maklumat mangsa, sepasukan polis menjalankan gerakan mencari dan mengesan motosikal suspek di kawasan pekan Batu 9.

Ketika melakukan gerakan mencari, polis terserempak motosikal suspek diletakkan di luar sebuah hotel murah di pekan Batu 9 sebelum masuk ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan.


"Hasil maklumat daripada pihak hotel mengesahkan motosikal di luar premis berkenaan milik pelanggan hotel itu yang baru mendaftar masuk untuk menginap. "Dengan bantuan pihak hotel yang menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu, polis menyerbu bilik berkenaan dan menahan suspek, tetapi seorang daripada mereka melarikan diri melalui tingkap bilik berkenaan," katanya.


Beliau berkata, suspek yang melarikan diri cuba menyembunyikan diri di sebalik papan tanda hotel berkenaan sebelum dia diminta menyerahkan diri kerana kawasan hotel berkenaan dikepung.


"Suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana samun berkawan menggunakan senjata," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved