Harian Metro: Setempat |
Usung awek guna motosikal curi Posted: 09 Nov 2011 09:34 AM PST KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki untuk bersiar-siar bersama-sama kekasihnya dengan menunggang motosikal curi tidak terlaksana apabila dia dicekup malam kelmarin di Dataran Merdeka di sini. Difahamkan, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, lelaki berusia 25 tahun berkenaan bersama kekasihnya berusia 22 tahun ditahan di kawasan berkenaan ketika pasukan Unit Kuatkuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan berkenaan milik seorang juruteknik makmal dan dilaporkan hilang di kawasan Batu 9, Cheras Jun lalu.
|
Posted: 09 Nov 2011 09:33 AM PST KAJANG: Dua lelaki yang menyamun seorang mekanik ditahan di sebuah hotel bajet di Batu 9, Cheras, di sini hanya beberapa jam selepas kejadian itu, pagi semalam. Polis mengesan suspek di hotel berkenaan pada jam 4 pagi sebaik menerima laporan mangsa yang berusia 20 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik ditahan, suspek mengacukan parang ke arah mangsa sebelum mengarahkannya menunggang motosikal ke taman permainan satu kilometer dari tempat dia ditahan.
Nasib menyebelahi mangsa, apabila dia mengingati nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras, selepas kejadian.
Ketika melakukan gerakan mencari, polis terserempak motosikal suspek diletakkan di luar sebuah hotel murah di pekan Batu 9 sebelum masuk ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan