Harian Metro: Setempat |
MPS gempur penjaja jajan di pekarangan sekolah Posted: 11 Nov 2011 10:44 AM PST SELAYANG: Biarpun beberapa kali digempur Majlis Perbandaran Selayang (MPS), penjaja makanan ringan di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih, di sini, tetap aktif menjalankan perniagaan mereka kerana menerima permintaan tinggi daripada murid. Dengan menggunakan taktik baru, penjaja mempamerkan jualan dalam but kereta, van, motosikal, menggantung jualan pada basikal dan menjaja sambil membimbit karung plastik besar.
"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit menjual makanan ringan di kawasan sekolah dan ia dilarang. Peniaga yang masih ingkar akan dikenakan denda kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan barang niaga disita," katanya.
|
Berebut dapatkan Samsung Galaxy Note Posted: 11 Nov 2011 10:43 AM PST KEGHAIRAHAN terhadap model telefon pintar terbaru Samsung Galaxy Note menyaksikan ramai peminat telefon berkenaan sanggup beratur seawal jam 5.30 pagi semalam di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur untuk menjadi antara individu pertama yang memilikinya di Asia Tenggara. Ini menyebabkan pintu gerai jualan telefon bersaiz 5.3 inci yang sepatutnya dibuka pada jam 11 pagi terpaksa diawalkan setengah jam berikutan kehadiran lebih 200 orang yang berebut-rebut untuk mendapatkannya.
Kehadiran orang ramai di pusat beli-belah itu susulan iklan di akhbar bahawa Samsung menawarkan 100 pembeli pertama produk itu akan menerima kasing percuma yang disalut kemasan kristal Swarovski. Ahli perniagaan, Jacky Chew, 44, yang diiktiraf pembeli ke-100 berpuas hati dengan pembeliannya yang berbaloi walaupun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sebelum tiba di pusat beli-belah itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan