Isnin, 14 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


2 pokok hempap rumah

Posted: 13 Nov 2011 08:52 AM PST

SUBANG JAYA: "Hujan petang ini (semalam) luar biasa kerana bukan saja disertai ribut petir dan angin kencang, malah turun berserta ketulan seperti air batu," kata S Dhanabalan, 45.

Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan USJ 9/4 itu, hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan dua pokok tumbang dan menimpa rumah serta kereta Proton Wira milik Dhanabalan di hadapan rumah.


Menurutnya, sebaik melihat pokok menimpa rumah dan kereta, dia mendapatkan isteri dan anak sebelum keluar melalui pintu dapur untuk menyelamatkan diri.

"Saya menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian kepada bomba selain menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memutuskan bekalan elektrik kerana pokok yang tumbang menimpa kabel elektrik," katanya yang baru lapan bulan tinggal di rumah itu.


Menurutnya, jumlah kerugian yang dialami RM 15,000 termasuk kos kerosakan rumah dan kereta, tetapi bersyukur tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan menimpa keluarganya.


Dhanabalan berharap kejadian semalam tidak berulang kerana bimbang membabitkan kehilangan nyawa.

"Saya berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) segera memotong pokok yang melebihi tinggi tiang elektrik kerana kemungkinan besar pokok berkenaan tumbang jika angin kencang," katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Azman Mohd Zin, berkata Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi sekitar USJ selepas pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang. Pihaknya turut menerima bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan MPSJ untuk kerja membersihkan serpihan ranting dan pokok tumbang di sekitar USJ.

Full content generated by Get Full RSS.

Bersanding di zoo

Posted: 13 Nov 2011 08:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dilakukan pasangan pengantin bagi mengabadikan kenangan mahligai dibina dan tidak terkecuali bagi pasangan, Muhamad Syarifuddin Sidik, 30, dan Putri Ernie Suraya Megat Yusop, 27, yang memilih untuk bersanding di Zoo Negara, malam tadi.

Kira-kira 2,000 tetamu, terdiri daripada sanak saudara dan keluarga terdekat memeriahkan majlis perkahwinan unik berkenaan.


Memilih Dataran Datuk Ismail Hutson sebagai lokasi persandingan, kedua-dua mempelai sepakat mengabadikan kenangan indah mereka menerusi konsep alam semula jadi yang mengasyikkan.

Bermula dengan menyusuri laluan disinari cahaya pelita di sepanjang taman haiwan berkenaan, tetamu disambut pengiring berpakaian ala wirawati hutan ditemani burung hantu dan ular sawa.


Bapa pengantin lelaki, Sidik Hassan, 60, berkata mereka sekeluarga memilih Zoo Negara sebagai lokasi majlis bagi memenuhi impian persandingan dalam taman buat anaknya.


"Kami merancang majlis ini sejak setahun lalu dan bersyukur kerana ia berjalan lancar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved