Harian Metro: Setempat |
Posted: 13 Nov 2011 08:52 AM PST SUBANG JAYA: "Hujan petang ini (semalam) luar biasa kerana bukan saja disertai ribut petir dan angin kencang, malah turun berserta ketulan seperti air batu," kata S Dhanabalan, 45. Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan USJ 9/4 itu, hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan dua pokok tumbang dan menimpa rumah serta kereta Proton Wira milik Dhanabalan di hadapan rumah.
"Saya menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian kepada bomba selain menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memutuskan bekalan elektrik kerana pokok yang tumbang menimpa kabel elektrik," katanya yang baru lapan bulan tinggal di rumah itu.
"Saya berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) segera memotong pokok yang melebihi tinggi tiang elektrik kerana kemungkinan besar pokok berkenaan tumbang jika angin kencang," katanya.
|
Posted: 13 Nov 2011 08:51 AM PST KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dilakukan pasangan pengantin bagi mengabadikan kenangan mahligai dibina dan tidak terkecuali bagi pasangan, Muhamad Syarifuddin Sidik, 30, dan Putri Ernie Suraya Megat Yusop, 27, yang memilih untuk bersanding di Zoo Negara, malam tadi. Kira-kira 2,000 tetamu, terdiri daripada sanak saudara dan keluarga terdekat memeriahkan majlis perkahwinan unik berkenaan.
Bermula dengan menyusuri laluan disinari cahaya pelita di sepanjang taman haiwan berkenaan, tetamu disambut pengiring berpakaian ala wirawati hutan ditemani burung hantu dan ular sawa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan